Perlumbaan motosikal elektrik pertama dunia, FIM Moto-E World Cup bakal dianjurkan tahun hadapan?

oleh Afandi Che Muhamad|
Penganjur Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Dorna Sports dengan kerjasama Federation Internationale de Motocyclisme (FIM) kelmarin mengumumkan bakal terlibat dalam penganjuran siri perlumbaan motosikal elektrik pertama di dunia tahun hadapan.

Memetik laporan electrek.co, perlumbaan dinamakan FIM Moto-E World Cup itu ditaja sepenuhnya syarikat pembekal tenaga Enel.

Pada perlumbaan itu nanti, hanya motosikal elektrik Ego buatan Energica (pengeluar motosikal elektrik dari Itali) sahaja akan digunakan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta (gambar) berkata, sebanyak 18 buah motosikal akan bertanding dalam perlumbaan tersebut, masing-masing merupakan jentera taruhan lebih 11 pasukan termasuk Tech 3, LCR, Marc VDS, Pramac, Avintia, Angel Nieto dan Gresini.

"Tidak dinafikan, kami (Dorna Sport dan FIM) teruja dapat mengorak langkah ke arah perlumbaan motosikal berkuasa elektrik.

"Terima kasih diucapkan kepada Enel selaku penaja rasmi kerana memberikan komitmen yang cukup tinggi dalam merealisasikan perlumbaan tersebut," katanya.

Tambah Carmelo, kalendar perlumbaan tersebut masih belum ditetapkan lagi setakat ini.

Pun begitu, Carmelo memberikan bayangan bahawa perlumbaan tersebut merangkumi lapan pusingan sahaja dan bakal berlangsung di Eropah dengan Jerez, Sepanyol dikatakan sebagai lokasi pertama perlumbaan.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menggunakan format yang sama seperti pelumbaan Suzuka 8 Jam, EWC mungkin bukan sesuatu yang baru…
Uncategorized
Risiko dalam setiap perlumbaan tetap wujud, walau sebaik mana tetapan yang telah dibuat sebelum…
Sukan Bermotor
Menurut UMW Toyota, litar Toyota Gazoo di persekitaran stadium Batu Kawan itu bukan mudah untuk…