Perlumbaan MotoGP Perancis ditunda

oleh SALINA JALIL|
Perlumbaan MotoGP Perancis yang asalnya dijadualkan 15-17 Mei di Le Mans, ditunda kerana “penularan coronavirus berterusan”, kata penganjur hari ini.


“Ketika situasi masih kekal, tarikh baharu untuk GP Perancis dan Gran Premio Red Bull de Espana yang baru-baru ini ditunda, tidak dapat disahkan sehingga jelas ia boleh diadakan,” kata persekutuan permotoran antarabangsa itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kalendar baharu itu akan diumumkan secepat mungkin tambah kenyataan itu.

 

MotoGP Perancis adalah acara terbahru menjadi mangsa penularan pandemik itu yang diikuti pembatalan kelas elit MotoGP Qatar.

 

Tiga pusingan berikutnya dalam kalendar 2020 iaitu di Thailand, Texas dan Argentina juga tidak menentu dengan promoter siri perlumbaan itu, Dorna berharap dapat melangsungkan perlumbaan itu pada separuh kedua tahun ini.

 

 

autosports

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…
Informasi
Katanya, tiada maklumat terperinci bagi penganjuran Formula E, tetapi ia melibatkan kos dua kali…
MotorGP
Acara meet & greet tersebut dihadiri oleh juara dunia MotoGP tahun 2021, Fabio Quartararo dan…