Perlumbaan Cub Prix masih boleh diteruskan - ditonton melalui saluran internet

oleh HEZERI SAMSURI|
Perlumbaan kapriks yang nyata popular di Malaysia mampu diteruskan juga walaupun tidak ada penonton yang dibenarkan hadir.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Md Azhan Shafriman Md Hanif, 43,  pihak SIC sedang berbincang dengan penganjur dan juga penaja-penaja mengenai halatuju sukan tersebut sekiranya acara perhimpunani tidak dibenarkan olehh kerajaan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun perlumbaan Cub prix boleh dianjurkan, yang berbeza ialah peminat hanya boleh menonton acara itu melalui platform media sosial internet seperti Facebook Live dan YouTube.

Shafriman berkata ia masih lagi dalam peringkat perbincangan sekiranya kerajaan tidak membenarkan membuat sebarang perkumpulan umum.

Dalam temuramah Careta secara online, Shafriman yang baharu sahaja menjadi CEO litar tersebut berkata beliau tidak ada cadangan untuk mengubah pengurusan litar itu sekarang.

"Saya akan meneruskan perancangan yang telah dilakukan oleh Datuk Razlan Razali dan di samping itu saya masih mengkaji operasi litar ini," ujarnya yang mempunyai pengalaman meluas di dalam sukan permotoran semasa beliau bersama Petronas sebelum ini.

Razlan kini menumpukan sepenuh perhatiannya kepada tugas beliau sebagai ketua pasukan Sepang Racing Team (SRT).
 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut sumber dalaman, Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (sebelum ini dikenali sebagai SIC) akan…
Sukan Bermotor
Dengan penganjuran dan crew-crew profesional, pastinya pelumba-pelumba dapat menimba ilmu untuk…
Sukan Bermotor
Sehubungan dengan itu, pihak Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas dari tiga lokasi (Pasar…