Perlumbaan akhir WTCC: Volvo S60 lawan Honda Civic!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nampaknya penentuan kejuaraan bukan sahaja berlangsung dalam perlumbaan MotoGP tetapi juga dalam Kejohanan Kereta Penumpang Dunia (WTCC). Perlumbaan akhir WTCC bakal berlangsung di Qatar pada 1 Disember ini.

Apa yang terjadi ialah pada pusingan kedua terakhir minggu lalu di Macau, Thed Björk dari pasukan Polestar Cyan Racing yang memandu Volvo S60 gagal menjarakkan dirinya jauh daripada Norbert Michelisz yang memandu Honda Civic WTCC (Civic Euro).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada perlumbaan pertama, Thed Björk berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat di hadapan Norbert Michelisz di tempat kelima. Pada perlumbaan kedua pula, Thed Björk berada ditempat kelima manakala Norbert Michelisz melonjak ke kedudukan kedua.

Mujurlah Polestar Cyan Racing masih mendahului kejohanan dengan 12.5 mata di hadapan pasukan Honda. Thed Björk pula hanya mendahului Norbert Michelisz dengan 6.5 mata dan ini bakal menjadikan pusingan akhir di Qatar nanti benar-benar menarik.

Salah satu kekurangan pada pusingan minggu lalu ialah apabila Thed Björk tidak mempunyai pengalaman berlumba di litar jalanan Macau berbanding Norbert Michelisz yang sudah lima kali berlumba di sana.

 

 

Namun itu bukanlah alasan memandangkan Thed Björk berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelompok lima teratas.

Dua lagi pemandu Volvo iaitu Nicky Catsburg dan Néstor Girolami turut mengharungi perlumbaan dengan mencabar apabila terlibat dalam kemalangan sewaktu ujian kelayakan. 

Nicky Catsburg berjaya juga memperolehi mata perlumbaan dengan menduduki tempat kesembilan pada kedua-dua pusingan manakala Néstor Girolami pula di tempat ke-13 pada kedua-dua perlumbaan.

 

Pertarungan di antara Volvo S60 dan Honda Civic WTCC (Civic Euro) di Jepun
Pertarungan di antara Volvo S60 dan Honda Civic WTCC (Civic Euro) di Jepun

Pertarungan di antara Volvo S60 dan Honda Civic WTCC (Civic Euro) di Jepun

Berikut ialah mata dan kedudukan terkini WTCC:

Perlumbaan WTCC Macau

Perlumbaan pertama – Top 5

1 Mehdi Bennani Citroën C-Elysée 5 pusingan
2 Tom Coronel Chevrolet Cruze +1.952
3 Ryo Michigami Honda Civic +3.265
4 Thed Björk Volvo S60 +3.627
5 Norbert Michelisz Honda Civic +4.577

9 Nicky Catsburg Volvo S60 +10.688
13 Néstor Girolami Volvo S60 +18.512

Perlumbaan kedua – Top 5

1 Rob Huff Citroën C-Elysée 13 laps
2 Norbert Michelisz Honda Civic +8.142
3 Tom Chilton Citroën C-Elysée +8.684
4 Esteban Guerrieri Honda Civic +9.228
5 Thed Björk Volvo S60 +21.237

9 Néstor Girolami Volvo S60 +34.326
13 Nicky Catsburg Volvo S60 +1:22.466

Kedudukan kejohanan

Pemandu – Top 5

1 Thed Björk Volvo S60 255,5 mata
2 Norbert Michelisz Honda Civic 249 (-6,5)
3 Mehdi Bennani Citroën C-Elysée 216 (-39,5)
4 Nicky Catsburg Volvo S60 211,5 (-44)
5 Tom Chilton Citroën C-Elysée 210,5 (-45)

9 Néstor Girolami Volvo S60 112 (-143,5)

Pengeluar

1 Volvo 804,5 mata
2 Honda 792 (-12,5)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…