Perlumbaan 1 Cabaran Dunia Fanatec GT Australia - Putera Jefri raih kejuaraan

oleh SALINA JALIL|
Foto ihsan Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Hanya pada permulaan keduanya di Cabaran Dunia Fanatec GT Australia, Putera Jefri Ibrahim meraih kejuaraan pada Perlumbaan Satu di litar ikon Mount Panorama, Bathurst, New South Wales.


Dengan kejayaan itu, Putera Jefri menjadi pelumba pertama dari Malaysia menjuarai siri sulung itu selepas muncul juga sebagai satu-satunya pelumba dari Asia yang bertanding.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Saya hilang kata-kata, saya tidak mempercayainya. Shane adalah Raja Gunung dan dia membuktikan kemampuannya hari ini walaupun berdepan masalah bahu. Pemanduan yang hebat daripadanya.

 

"Saya hanya fokus pada apa yang perlu saya lakukan hari ini iaitu menjaga jentera dan jadi sepantas mungkin," kata Putera Jefri.

 

Bermula di P8, Putera Jefri mengekalkan posisinya dan juga merekod masa terpantas dalam sektor pertama dalam kalangan pelumba amatur.

 

"Litar ini agak mencabar khususnya kepada Putera Jefri yang bersaing buat kali pertama dalam pertandingan ini.

 

"Cara dia menyelit dan menjadi bertambah pantas sangat mengagumkan. Bagus apabila dia memenangi perlumbaan di sini," kata Shane Van Gisbergen.

 

 

 

 

Berita Harian