Perlukan lampu kereta yang terang benderang tanpa 'membutakan' mata pemandu lain?

oleh SALINA JALIL|
Kes suluhan lampu yang terang bak stadium ni, memang ramai marah dan ada yang cakap ini tidak adil sebab kereta mahal tidak kena saman pun!


Percaya atau tidak, ramai yang 'terkedu' sebab sekarang ni Proton dengan Perodua pun telah guna pakai LED. Nampaknya agenda dan sesi untuk mengumpat dan mengeji pun terus tamat kerana dah mati akal bagaimana nak komplen!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pada suatu ketika dulu, ketika lampu putih mula muncul, ia cuma ada dalam bentuk HID. 


High Intensity Discharge light (HID) - electric arc dari elektrode tunsten dalam tiub atau quartz. Gas yang digunakan dari wap merkuri, metal halide hingga ke Xenon.


Sungguh komplex dan cabaran utamanya adalah lampu tersebut susah untuk dikawal kerana ia memerlukan refkletor yang khusus.

 

hid
set lengkap HID 

 

Sekiranya kenderaan kita menggunakan lampu mentol halogen, untuk menggunakan lampu dari jenis HID, suluhan lampu tersebut bersepah dan menyilaukan semua orang di depan dan juga angkawasan di bulan!


Namun begitu, sekarang teknologi makin lama makin mudah. Mentol lampu flurorescent kat tempat kediaman juga dah mula berubah dan guna pakai rumah tiub LED. Tidak perlu pening-pening kepala guna ballast sakan.
 

 

 

Kenapa LED? Kerana ia tahan lebih lama dan paling penting ia lebih murah.


Teknologi tersebut kini telah sampai untuk kenderaan pula, Narva Lights dari negara Jerman.


Narva telah bermula sejak tahun 1948 dan telah berada di Malaysia sejak 10 tahun lalu. 


Narva membawa maksud:
N untuk nitrogen
Ar untuk argon
Va untuk vacuum


Narva Lights ini didatangkan dalam pelbagai saiz. Ia bukan sahaja untuk lampu depan (headlight) sahaja tetapi merangkumi lampu signal, lampu brek belakang, lampu kabin, lampu plet nombor dan jugak untuk lampu motosikal!

 

narva


Untuk mereka yang masih gemarkan mentol halogen, Narva adalah salah satu dari dua jenama  dalam pasaran yang menjanjikan keterangan 150 peratus lebih baik dari mentol halogen standard.


Narva RP150 halogen memang sesuai untuk mereka yang nak mengekalkan lampu kekuningan tu sikit. Ini bagus untuk yang selalu memandu di waktu subuh berkabus atau waktu maghrib.


Kepada yang ingin mencuba mentol LED pula, Narva mempunyai mentol LED yang direka khas untuk menggantikan lampu mentol halogen dengan bentuk yang slim.


Masalah utama mentol LED adalah haba dan ia memerlukan sistem penyejuk. Lampu LED Narva didatangkan dengan kipas di bahagian ruang belakang mentol yang kompak, jadi tidak menjadi masalah untuk kita pasang ke kebanyakan kereta di negara kita!


Selain dari kipas terbina di dalam, mentol LED Narva juga menggunakan tenaga yang lebih rendah.


LED Narva juga didatangkan dengan driver atau transformer dari 60W turun ke 40W yang terbina di dalam. Transformer ini mengawal kemasukan tenaga sendiri, jadi untuk kereta yang mentol asyik terbakar tu,... inilah satu solusi yang bagus.

 

 

Ada juga yang bertanya, lumens tinggi ni lagi bagus la kan? Sebenarnya ya dan tak. Lumens tinggi memang lebih terang tetapi ia akan menyebabkan haba yang lebih tinggi dan mentol cepat mati.


Narva pula kadar lumens dia lebih rendah tetapi LED Narva menghasilkan cahaya yang lebih fokus, menjadikan ia sama atau lebih terang berbanding dengan pesaing-pesaingnya. 

 

led 1

 

Narva LED didatangkan dengan pelbagai model seperti H4 LED dengan tiga kaki. Jenis ini memang direka untuk digunakan dengan reflector halogen dan mentol dua fungsi - lampu rendah dan lampu tinggi (low dan high beam).


Terdapat juga mentol LED H7, dengan single beam dan  saiz T10 jugak dengan frosted tip untuk lampu parking, DRL atau lampu plet.


Untuk motosikal pula, ia memang lain sebab ia menggunakan rekabentuk yang lain, saiz yang lain dan watt yang lebih rendah. Benar, Narva memang ada mentol LED untuk motosikal juga!

 

led moto

 


Kepada yang berminat untuk membeli, promo Narva Sales Campaign sedang berlangsung di www.auto2U.my dari 23 September sehingga 7 November 2021.


Promosi istimewa ini diberikan potongan harga 25 peratus dan hadiah untuk setiap pembelian


Untuk mentol halogen RP150, anda akan menerima diskaun 25 peratus dan hadiah CarWaxx Pembersih Windscreen 250ml bernilai RM47.50

 

rp
Narva RP150 (halogen)

 

Untuk mentol Performance LED 12V atau 24V, sekiranya anda membeli satu set, anda akan mendapat mentol narva LED T10 bernilai RM40 secara PERCUMA!


Sekiranya anda membeli dua set pula, anda akan menerima Carwaxx Anti Rain 250ml bernilai RM55!


Untuk mentol T10 pula, beli satu dengan harga RM40 tetapi sekiranya anda membeli dua, harganya cuma RM50 sahaja!


Kos penghantaran ialah PERCUMA bagi semenanjung Malaysia dan RM8 untuk Sabah dan Sarawak.


Untuk mendapatkan diskaun 25 peratus tersebut, jangan lupa Promo Kod ini; CARETA25 sebelum membuat pembayaran ya.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ujian-ujian oleh Careta membuktikan mentol Narva memang lebih fokus dari kebanyakan jenama mentol…