Perlu ke daftar MySejahtera ketika isi minyak? 

oleh HEZERI SAMSURI|
Akhbar China Press semalam melaporkan bahawa pengguna yang mengisi bahan api di stesen minyak perlu mendaftar dengan MySejahtera atau mereka boleh didenda sehingga RM1,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan itu menyebut kenyataan tersebut disampaikan oleh DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, Penolong Pengarah Jabatan Penyiasatan Bukit Aman. 

"Jika tidak didaftar, bagaimana polis mahu menjejak mereka jika ada kes Covid-19 di kawasan stesen minyak berkenaan," soal Mior.

Mior juga berkata pengguna stesen minyak wajib menggunakan pelitup muka dan mendaftarkan diri serta diperiksa suhu badan.

Ini bercanggah dari apa yang pernah dinyatakan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Comm. Datuk Sahabudin Abd Manan pada awal bulan Oktober lalu.

Sahabudin berkata walaupun stesen minyak adalah tempat awam, jika individu itu berseorangan dan stesen itu tidak padat, tiada keperluan untuk memakai pelitup muka.

Jika pihak kerajaan mahukan pengguna stesen minyak mendaftar setiap kali mereka mengisi minyak, pengguna perlu ke bangunan utama untuk menggunakan kod QR aplikasi MySejahtera kerana telefon bimbit tidak dibenarkan digunakan di kawasan pam minyak.

Mungkin pihak Kementerian Kesihatan perlu memberikan penerangan kerana mereka adalah pakar dalam bidang ini. 

Berita Berkenaan

Informasi
  Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelonggaran itu diputuskan berikutan…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 11.15 pagi,…
Berita Domestik
  "Dalam pemeriksaan kira-kira jam 6.55 petang itu, anggota pasukan pematuhan mengeluarkan kompaun…