Perlis negeri pertama larang jual RON95, diesel kepada kenderaan asing

oleh Mohamad Hanif|
Perlis menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan projek rintis advokasi yang melarang penjualan petrol RON95 dan diesel kepada kenderaan asing.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Menurut laporan Bernama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan projek tersebut ke seluruh negara dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDN Shamsul Nizam Khalil berkata terdapat isu kenderaan bernombor pendaftaran asing kerap berulang-alik ke stesen minyak yang berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand mengisi minyak petrol dan diesel, yang kemudiannya cuba diseludup ke negara jiran.
 

95


“Bagi mengelak perbuatan itu terus berleluasa, KPDN menerusi Bahagian Penguat Kuasa mengambil langkah proaktif mengadakan advokasi dengan semua 40 pengusaha stesen minyak di sini (Perlis) selama 14 hari bermula hari ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kepada mana-mana individu yang melanggar arahan setelah tamat tempoh advokasi 14 hari itu.

Menurutnya KPDN turut mengedarkan 250 Notis Amaran di pintu masuk negara Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Padang Besar dan Wang Kelian kepada pemilik kenderaan pendaftaran asing, termasuk motosikal.

“KPDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar arahan selepas tempoh advokasi dengan mengambil tindakan tegas termasuk mendakwa mereka ke mahkamah berdasarkan perundangan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Seperti yang dilaporkan oleh Bernama, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…
Berita Domestik
  Ketika kejadian, Proton Iswara dipandu oleh mangsa, Muhammad Mustaffa Sarin, 22, dalam…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, mangsa berlepas dari pekarangan…