Perkongsian kereta - ini masa depan China

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nampaknya China sudah sangat hampir dengan pemikiran Eropah dan ini terbukti apabila Freeman Shen, pengasas dan CEO untuk syarikat kenderaan elektrik (EV) China, WM Motor berkata masa hadapan industri automotif di negara itu ialah teknologi perkongsian kenderaan (car sharing).

"Generasi baharu tidak berminat untuk memiliki kenderaan. Mereka lebih berminat kepada akses untuk pengangkutan," ujarnya ketika diwawancara oleh CNBC.

Golongan generasi baharu mahukan akses kepada kenderaan, tetapi mereka tidak mahu menanggung bebanan kos pemilikan sebuah kenderaan. 

Ia umpama seorang anak yang masih mahukan ibubapanya memberikan mereka sebuah kenderaan dan mengharapkan ayahnya untuk membayar dan menjaga kenderaan tersebut.

Kemajuan teknologi dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah berjaya menghasilkan Grab, Uber dan Didi (seperti Grab tetapi di China) dan perkhidmatan untuk mencabar kewujudan teksi di seluruh dunia.

Konsep perkongsian kenderaan ini turut dirasakan di Eropah di mana jualan kenderaan semakin menurun kerana golongan muda tidak melihat lagi kereta sendiri sebagai satu keperluan asasi.

Syarikat automotif dunia bersetuju ini adalah satu cabaran kerana jualan akan menurun dan teknologi diperlukan untuk menyahut cabaran perkongsian kenderaan.

Di Malaysia, perkhidmatan seumpama itu sudah mula wujud. SoCar contohnya membenarkan anda menyewa kereta mereka dengan cara paling mudah. 

Namun begitu, kos sewa tetap tinggi dan Grab mungkin akan masih menjadi pilihan utama untuk masa sekarang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebuah syarikat tempatan, Moovby diwujudkan dalam tahun 2017 oleh pengasasnya dan Ketua Pegawai…