Perkongsian JKR Johor Bahru tampal lubang jalan dikecam

oleh SALINA JALIL|
Isu jalan berlubang di negara kita bagaikan tiada penghujung malah ada juga kes kemalangan direkodkan gara-gara jalan yang rosak dan berlubang. Keluhan serta cemuhan dari pengguna jalan raya juga seolah-olah tidak dipedulikan.


Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana Jabatan Kerja Raya Johor Bahru dikecam ramai setelah memuat naik sebuah gambar berkenaan keadaan jalan yang berlubang mencuri perhatian ramai.



MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menerusi perkongsian tersebut yang kini telah pun DIPADAM, JKR Johor Bahru berkongsi beberapa gambar aktiviti penampalan lubang di Lebuh Raya Pasir Gudang Seksyen 9-10, menghala Pasir Gudang – Perling.

 

Walaupun jalan berlubang tersebut telah diturap namun hasilnya tampak sangat tidak memuaskan apabila ianya seolah-olah timbul dan mampu membahayakan pengguna jalan raya terutamanya motorsikal.

 

tampal

 

Orang ramai juga meminta agar Menteri Besar Johor, YB Datuk Onn Hafiz Ghazi ‘turun padang’ untuk memantau sendiri kualiti jalan raya di sepanjang kawasan Pasir Gudang itu, supaya setiap penduduk Johor dapat menggunakan jalan raya dengan lebih selesa dan selamat.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tidak dapat menerima hasil turapan yang dilakukan oleh JKR Johor Baharu kerana ianya jelas membahayakan.

 

“Fuh Highway Pasir Gudang tu mencabar gak laluannya. Pernah jumpa lubang sebesar kawah nasi kenduri”- Netizen

 

Bukan itu sahaja, netizen juga mereka seolah-olah melakukan perkara tersebut dengan ‘ala kadar’ demi terlihat sudah bertindak ke atas aduan yang dilakukan.

 

Perkongsian dari : yoy.my