Perkhidmatan teksi tanpa pemandu guna Ioniq 5 menjelang 2023

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan teksi tanpa pemandu bakal dilancarkan kelak oleh Hyundai dengan menggunakan model Ioniq 5 Robotaxi menerusi syarikat usahasama Motional.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Hyundai, Ioniq 5 Robotaxi ini bakal menjalar di atas jalan raya pada tahun 2023 dengan keupayaan pemanduan autonomi tahap 4 (SAE Level 4) yang tidak memerlukan input daripada pemandu fizikal.

Usahasama Motional ini terbentuk pada tahun 2020 menerusi kerjasama antara Hyundai dengan syarikat solusi mobiliti Aptiv yang sebelum ini mengusahakan armada teksi robot di Las Vegas Nevada.
 

Robotaxi


Ioniq 5 Robotaxi dilengkapi dengan lebih daripad 30 penderia yang merupakan kombinasi antara kamera, radar dan lidar yang menawarkan keupayaan pengesanan 360 darjah, imej beresolusi tinggi dan pengesanan objek jarak jauh untuk operasi pemanduan autonomi yang selamat dalam apa jua kondisi sekeliling.

Teknologi tanpa pemandu Motional turut merangkumi sistem pembelajaran mesin termaju yang menggunakan data dari dunia sebenar yang dikumpulkan selama bertahun-tahun untuk menghadapi keadaan pemanduan yang serba kompleks.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Beijing pada awal Mac mengeluarkan lesen kepada gergasi teknologi China Baidu dan syarikat…
Berita Global
Perkhidmatan yang dinamakan sebagai Apollo Go Robotaxi itu memulakan operasi pada 2 Mei di Shougang…