Perkhidmatan teksi motosikal GoJek bakal dilancarkan di Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof telah memberi kenyataan bahawa kerajaan secara prinsipnya telah bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, GoJek, di negara ini.

Beliau turut berkata Kabinet telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan membuat kajian berhubung mekanisme pelaksanaan serta undang-undang berkaitan khusus untuk perkhidmatan itu di Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Secara prinsipnya, Kabinet hari ini bersetuju melaksanakan GoJek dengan syarat Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Belia dan Sukan berbincang secara lanjut lagi terperinci, termasuk dari sudut membuka ruang dan peluang membangunkan ekonomi anak muda serta mengemukakan undang-undang khusus mengenainya.

 

“Undang-undang khusus untuk GoJek belum ada lagi. Oleh itu, dua kementerian berkenaan diarah untuk menyedia dan memperincikannya bagi membenarkan GoJek dimajukan.

 

“Ia tidak begitu sukar, sebagai contoh undang-undang sedia ada membabitkan ‘geofencing’ (kawasan dibenarkan untuk perkhidmatan), kita tidak boleh menempatkan GoJek di lebuh raya yang akan membawa kemudaratan dari segi keselamatan dan sebagainya,” katanya.


 

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran TEKUN MART Mobile, di sini, hari ini.

 

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, baru-baru ini, menyatakan hasrat memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai GoJek.

 

Menerusi kaji selidik yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya, Syed Saddiq berkata, beliau mahukan suara anak muda sama ada mereka bersetuju perkhidmatan itu diperkenalkan di negara ini.

 

Katanya, ia bagi membantu golongan anak muda yang memiliki motosikal untuk membuat perniagaan kecil menggunakan mod kenderaan itu.

 

GoJek adalah antara syarikat pemula niaga unicorn di rantau ini dan menumpukan rangkaian pengangkutan serta permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia, dengan perkhidmatannya boleh diperoleh menggunakan aplikasi.

 

 

 

*sumber laporan dari BH Online

*gambar utama dari infogojek.com

Berita Berkenaan

Berita Global
Electrum telah memulakan pembinaan kilang pemasangan motosikal elektrik pada bulan Jun lalu di Jawa…
Berita Global
Selex Motors merupakan syarikat pembuat bateri dan motosikal elektrik yang telah digunakan oleh…
Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…