Perkhidmatan Rapid KL dan Prasarana dilanjutkan hari ini sempena sambutan Tahun Baharu

oleh SALINA JALIL|
Sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2020 hari ini, waktu operasi rangkaian rel transit dan bas Rapid KL akan dilanjutkan waktu operasinya bagi memenuhi keperluan orang ramai yang menghadiri sambutan itu.



Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia melibatkan 13 stesen rel transit LRT (Light Rail Transit ), MRT (Mass Rapid Transit), Monorel, BRT (Rapid Transit Bus) serta 14 laluan bas Rapid KL dan perantara MRT.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Stesen yang akan dilanjutkan perkhidamatan sehingga 1.30 pagi itu ialah LRT Laluan Kelana Jaya melibatkan stesen USJ 7, Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC dan Ampang Park, manakala untuk Laluan Ampang/Sri Petaling melibatkan stesen Bandaraya dan Masjid Jamek.

 


Bagi laluan MRT Laluan Sungai Buloh pula stesen terlibat ialah Kajang: Pasar Seni, Bukit Bintang, Maluri, Mutiara Damansara, manakala bagi Laluan Monorel Kuala Lumpur melibatkan stesen Bukit Bintang dan BRT Laluan Sunway membabitkan Sunway Lagoon.

 


"Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan,” menurut kenyataan itu.

 


Sementara itu bas Rapid KL yang melanjutkan waktu perkhidmatan hingga 1.30 pagi ialah laluan Taman Sri Muda-Pasar Seni (nombor laluan 751), Subang Suria-Pasar Seni (772), Pandan Mewah-Mushi Abdullah (300), Taman Sentosa-Pasar Seni (640), Terminal Kajang-Lebuh Pudu (450), Taman Melawati-Munshi Abdullah (220), Taman Dato' Senu-Pasar Seni (180), Taman Jasa Utama-Medan Pasar (173), dan Puchong Utama-Pasar Seni (600).



Untuk Bas Perantara MRT pula memlibatkan destinasi ke Kwasa Sentral (laluan T802 dan T803 (gabungan), Sungai Buloh laluan T101 dan T105 (gabungan), T102/T103 dan Stadium Kajang (T460) selain Laluan BRT-Sunway membabitkan stesen Sunway Lagoon.



Bagaimanapun, terdapat enam stesen bagi Laluan Sunway-BRT yang akan dilanjutkan sehingga 1 pagi iaitu USJ 7, South Quay, SunU-Monash, Sun Med, Mentari dan Sunway Setia Jaya.



RapidKL turut menyeru orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan terutama di kawasan yang akan menganjurkan acara dan pertunjukan untuk menyambut ambang Tahun Baharu 2020.



Sebarang makluman lanjut orang ramai boleh mengikuti Twitter dan Facebook MyRapidKl atau melayari web: www.myrapid.com.my.

 

 

 

Sumber: Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian disedari kapten bas yang melihat asap dari bahagian belakang bas sebelum memberhentikan…
Berita Domestik
Menurut kenyataan itu angka penggunaan harian tertinggi adalah 1,200,433 yang dicatatkan pada 22…
Sukan Bermotor
Sehubungan dengan itu, pihak Rapid KL akan menyediakan perkhidmatan bas dari tiga lokasi (Pasar…