Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terjejas akibat gangguan kuasa

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Gangguan bekalan kuasa melibatkan lima stesen bawah tanah antara stesen LRT Ampang Park dan LRT Masjid Jamek menyebabkan perkhidmatan laluan LRT Kelana Jaya terjejas.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Kejadian yang berlaku sekitar jam 7.50 pm tadi telah mengakibatkan beberapa fasiliti seperti lif, eskalator dan lampu tidak dapat berfungsi di stesen-stesen terlibat.

Perkhidmatan rel alternatif telah diaktifkan dimana semua tren dari arah Putra Heights berpatah balik ke Stesen LRT Pasar Seni, manakala tren dari arah Gombak berpatah balik ke Stesen LRT Damai.

Pihak Rapid Rail kini sedang giat menjalankan kerja-kerja bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut berlaku, sebarang pengumuman akan dibuat menerusi saluran media sosial Rapid KL dan di stesen.

 

Sumber: Facebook Rapid KL

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berdasarkan analisa oleh pakar teknikal Rapid Rail dan pihak OEM Thales Group, pihak APAD telah…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata tarikh pembukaan perkhidmatan LRT bagi laluan…
Berita Domestik
Rapid Bus telah mendapat kerjasama daripada Smart Selangor dan Mara Liner, di mana masing-masing…