Perkhidmatan LRT Kelana Jaya terjejas, tren terkandas akibat masalah brek

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: FMT
Susulan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya yang terjejas pada pagi tadi, pihak Rapid Rail Sdn Bhd memaklumkan bahawa ia disebabkan oleh tren bernombor 39 yang terkandas di Stesen LRT Taman Jaya akibat masalah sistem brek.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 8.16 pagi telah menyebabkan hanya satu sahaja landasan boleh digunakan di antara Stesen LRT Taman Bahagia sehingga Stesen LRT Taman Jaya.

Pihak operasi kemudiannya mengaktifkan pelan perkhidmatan alternatif di mana penumpang dari arah Gombak dan Putra Heights perlu turun di Stesen LRT Asia Jaya dan mendapatkan tren yang berikutnya bagi meneruskan perjalanan.

“Kami ingin memohon maaf kepada semua pengguna yang telah mengalami kelewatan dan kesulitan untuk menuju destinasi khususnya ke tempat kerja pada pagi tadi. Siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kerosakan tren. Ini bagi memastikan kejadian seumpama ini dapat dielakkan di masa hadapan,“ kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, En Amir Hamdan.

Pengumuman mengenai kelewatan perkhidmatan tren turut dibuat di stesen dan di dalam tren. Kakitangan operasi ditempatkan di platform Stesen LRT Asia Jaya bagi membantu penumpang mendapatkan tren sambungan.

“Buat masa ini kerja-kerja mengalihkan tren yang terkandas sedang giat dijalankan oleh jurutera Rapid Rail. Proses menunda keluar tren dijangka selesai pada jam 2 petang dan perkhidmatan akan dipulihkan ke frekuensi normal selepas itu,” ujar Amir.

Sumber: Rapid KL

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…
Berita Domestik
Menurut laporan Berita Harian, semua kerja baik pulih yang berpunca dari ganguan suis di laluan…
Berita Domestik
Menurut laporan Free Malaysia Today, RapidKL dalam pengumuman di Twitter memaklumkan tren berhenti…