Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Operasi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang tergendala petang tadi kembali pulih, perkara itu telah dimaklumkan oleh Rapid Rail selaku pengendali perkhidmatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Berita Harian, semua kerja baik pulih yang berpunca dari ganguan suis di laluan berkenaan telah selesai dilakukan pada 6.42 petang tadi.

Rapid Rail menjelaskan suis yang menjadi punca gangguan itu berfungsi untuk membolehkan tren menukar laluan dari satu landasan ke landasan lain.

Gangguan suis itu telah mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan menjejaskan jadual perjalanan penumpang.

Pihak Rapid Rail berkata, "Kejadian pertama yang berlaku pada 4.24 petang menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Pasar Seni manakala gangguan kedua berlaku di antara Stesen Damai dan Stesen Dato' Keramat pada jam 5.26 petang."

"Kakitangan operasi dan polis bantuan juga telah ditempatkan di stesen bagi membantu melancarkan pergerakan penumpang yang terjejas. Pengumuman telah dibuat menerusi media sosial Rapid KL dan di semua stesen LRT untuk makluman penumpang."

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 3.30 petang telah mengakibatkan tren-tren tambahan dari…
Berita Domestik
Saman tersebut dikemukakan oleh plaintif iaitu Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena…
Berita Domestik
Menurut laporan Free Malaysia Today, RapidKL dalam pengumuman di Twitter memaklumkan tren berhenti…