Perkhidmatan kereta sapu - Tiga individu dikenakan tindakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Sinar Harian
Tindakan tiga individu menjalankan perkhidmatan kereta sapu di Jeti Penumpang Port Dickson, di sini membawa padah apabila dicekup Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.


Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, operasi penguatkuasaan khas dilakukan pihaknya itu susulan aduan berulang yang diterima.

 

"Bertindak atas maklumat itu, seramai 15 anggota terlibat dalam operasi yang dilaksanakan pada Isnin lalu.

"Tiga individu telah dikenakan tindakan kerana melakukan kesalahan menurut peruntukan Seksyen 205(1) Akta Pengangkutan Awam Darat(APAD) 2010," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, risikan mendapati, kereta sapu berkenaan aktif beroperasi antara jam 10 pagi hingga 4 petang iaitu waktu feri berlepas dan feri sampai di jeti.

Sementara itu katanya, operasi berkenaan dilaksanakan untuk mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu kereta sapu yang gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Mana-mana orang, tanpa kuasa yang sah, memujuk atau mendesak bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima sewa atau upah untuk membawa penumpang adalah satu kesalahan.

"Jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima lima tahun atau kedua-duanya," katanya.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Sebanyak 87 motosikal diperiksa dalam operasi itu dengan 40 notis dan 26 saman dikeluarkan…
Berita Domestik
  Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tempatan itu telah memujuk, merayu dan menawarkan…
Berita Domestik
  "Ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong bagi…