Perkhidmatan kaunter di bawah MOT adalah secara janji temu SAHAJA

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Semua perkhidmatan kaunter agensi di bawah Kementerian Pengangkutan yang akan dibuka mulai 1 Julai ini adalah secara janji temu berjadual manakala ‘walk-in’ tidak dibenarkan.


Kementerian Pengangkutan memaklumkan, bagi urusan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ia melibatkan semua perkhidmatan kaunter untuk transaksi berkaitan kenderaan komersial dan persendirian kecuali mana-mana perkhidmatan yang boleh dilakukan menerusi portal mySIKAP atau rakan strategik JPJ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, terdapat 38 transaksi dalam talian melalui portal mySIKAP, namun 11 transaksi memerlukan kaedah pendaftaran melalui pengesahan biometrik (sekali daftar) bagi meneruskan transaksi melalui portal mySIKAP.

 

“Ia melibatkan salinan lesen kenderaan motor, permohonan pertukaran hak milik (pemilik baharu), pertukaran hak milik (pemilik berdaftar), cabutan pek maklumat kenderaan, pertanyaan maklumat pemilik kenderaan dan maklumat kenderaan Vehicle Information Pack (VIP).

 

“Selain itu ialah tempah nombor pendaftaran, maklumat pemilik, permohonan mengecop semula nombor casis, mengecop semula nombor enjin serta perubahan maklumat alamat atau nombor telefon atau e-mel,” menurut kenyataan akhbar tersebut.

 

Untuk urusan di Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), semua permohonan boleh dibuat melalui janji temu kecuali urusan kad pemandu.

 

“Pengusaha dan syarikat boleh membuat janji temu melalui portal https://www.apad.gov.my/temujanji/index.html yang boleh diakses bermula pukul 4 petang semalam.

 

 

“Bagi permohonan Lesen Perubahan Sementara, ia hendaklah dibuat secara terus melalui emel [email protected]. Dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN), pengusaha dan syarikat tidak terikat dengan keperluan untuk mengemukakan permohonan memperbaharui lesen dalam tempoh 90 hari sebelum tamat tempoh lesen,” jelasnya.

 

Sehubungan itu, proses serahan keputusan, janji temu hendaklah dibuat melalui emel di alamat [email protected], atau [email protected] atau [email protected] dan [email protected].

 

Mengenai transaksi di kaunter Jabatan Laut Malaysia (JLM) melibatkan semakan dokumen-dokumen pelaut, semakan sijil-sijil kapal, urusan pertukaran anak kapal, pembelian buku latihan pelaut, pengambilan dokumen-dokumen pelaut, pengambilan sijil atau permit kapal serta pembayaran yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian.

 

Tambahnya, janji temu boleh dibuat melalui talian hotline 03-33467777/7620 atau emel [email protected] atau Facebook @JabatanLautMalaysia.

 

INFO Tambahan

 

LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP) SABAH

Transaksi berikut boleh dilakukan di kaunter mulai 1 Julai melalui temu janji sahaja :

1. Urusan permohonan baharu /tambahan Lesen kenderaan komersial.

2. Urusan permohonan Ubah Syarat Surat Tawaran Kelulusan (STK).

3. Memperbaharui Lesen kenderaan komersial.

4. Urusan permohonan Ubah Syarat Lesen kenderaan komersial.

5. Cetakan Lesen bagi kenderaan komersial.

6. Pengistiharan serah balik Lesen kenderaan komersial.

7. Permohonan dan pengambilan Kad Pemandu.

Keterangan lanjut untuk membuat temu janji :

Hotline : 088 238244 / 245

Emel : [email protected]

Facebook: @lpkpsbh

 

 

LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN PERDAGANGAN (LPKP) SARAWAK

Transaksi berikut boleh dilakukan di kaunter mulai 1 Julai melalui temu janji sahaja :

1. Urusan permohonan baharu /tambahan Lesen kenderaan komersial.

2. Urusan permohonan Ubah Syarat Surat Tawaran Kelulusan (STK).

3. Memperbaharui Lesen kenderaan komersial.

4. Urusan permohonan Ubah Syarat Lesen kenderaan komersial.

5. Cetakan Lesen bagi kenderaan komersial.

6. Pengistiharan serah balik Lesen kenderaan komersial.

Keterangan lanjut untuk membuat temu janji :

Hotline: 082 412073 / 413303

Emel : [email protected]

Facebook: @lpkpsarawak

 

 

PUSPAKOM

 

1. Bagi melengkapkan pembukaan semula perkhidmatan kaunter untuk perkara di atas, PUSPAKOM dibenarkan beroperasi seperti biasa dengan kapasiti 50 peratus kakitangan bertugas.

 

2. Semua perkhidmatan hanya dibenarkan melalui temu janji (walk-in tidak dibenarkan).

 

Dapatkan tarikh temu janji secara dalam talian: www.mypuspakom.com.my

Talian Khidmat Pelanggan: 03 5101 7000

E-mel: [email protected]

Facebook: @puspakomvehicleinspection

 

 

TheStar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Perkhidmatan komuter sudah ada di Kuala Lumpur dan utara, di selatan belum ada. Kita ada ETS (…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Informasi
"Kami sedang memantau kemajuannya dan mahu mereka menyiapkan projek ini. Sasaran kami adalah…