Perkhidmatan GoCar kini terdapat di 100 buah stesen minyak Shell - Lembah Klang, JB, P. Pinang

oleh Mohamad Hanif|
GoCar Malaysia dan Shell Malaysia mengumumkan lokasi stesen minyak yang ke-100 untuk perkhidmatan aplikasi perkongsian kenderaan secara dalam talian di Lembah Klang, Johor Bahru dan juga Pulau Pinang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama di antara kedua-dua entiti ini diharap dapat memudahkan urusan perjalanan warga Malaysia, di mana para pengguna boleh mengisi bahan api di stesen minyak Shell dan membeli barangan daripada Shell Select.

CEO GoCar Malaysia, Alan Cheah berkata, "Kami di GoCar mahu memberikan kemudahan dan kebebasan kepada para pengguna di Malaysia yang memerlukan kenderaan untuk urusan harian mereka, dan menjadikan pemilikan kenderaan itu sebagai satu pilihan, dan bukan keperluan."

 


Berucap sama pada acara tersebut ialah Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain menyatakan, "kolaborasi antara Shell Malaysia dan GoCar merupakan pertama yang seumpanya memberikan perkhidmatan tambahan di bawah satu bumbung."

Aplikasi perkongsian kenderaan tempatan ini kini membolehkan para pengguna menyewa kenderaan menerusi tempoh jam atau hari menerusi aplikasi GoCar (terdapat di Android GooglePlay dan iOS App Store). 

GoCar menawarkan beberapa pilihan kenderaan seperti sedan, crossover, MPV sehinggalah kepada trak pikap bagi memenuhi keperluan yang berbeza di kalangan para pengguna. 

Bagi menyambut pencapaian stesen minyak Shell yang ke-100 menawarkan lokasi GoCar ini, pihak GoCar dan Shell memberikan ganjaran berupa diskaun 50% untuk setiap tempahan (dihadkan sehingga RM30 sahaja) apabila mereka membeli barangan (tidak termasuk Touch n'Go, isian prepaid dan barangan tembakau) di Shell Select bernilai minimum RM5.
 


Sebagai ganjaran tambahan, para pengguna boleh menebus satu tin minuman berjenama Coca-Cola berharga RM1.50 apabila mereka mengambil kenderaan GoCar di stesen Shell. 

Ganjaran ini sah bermula daripada 16 Oktober sehingalah 15 Disember 2018. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://bit.ly/gocar-shell-partnership

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kadar jam telah dikurangkan hampir 30 peratus, manakala kos tempahan untuk tempoh 30 hari dan ke…
Berita Domestik
Pengumuman itu dibuat pada acara Electric Vehicle Expo (EVx) 2022 yang berlangsung di Setia City…
Berita Domestik
Tawaran ini terbuka kepada mereka yang berumur antara 18 hingga 50 tahun serta memiliki lesen…