Perkhidmatan feri penumpang, bot laju ke tanah besar Sabah, Sarawak dari Labuan dihentikan sementara

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan pengangkutan awam laut iaitu feri penumpang dan bot laju ke tanah besar Sabah dan Sarawak dari Labuan dihentikan mulai hari ini (24 Mac) sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac.


Penumpang yang merancang untuk ke Kota Kinabalu, Menumbok dan Sipitang di Sabah serta Limbang dan Lawas di Sarawak melalui Terminal Feri Antarabangsa Labuan diingatkan agar mengikuti pelayaran feri kenderaan (Feri Ro-Ro).


Jadual pelayaran feri kenderaan juga dikurangkan kepada satu trip untuk empat feri yang beroperasi dari Labuan - Menumbok - Labuan berbanding tiga trip sebelum ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Arahan terbaru itu dikeluarkan Jabatan Laut Malaysia Labuan kepada pengusaha feri Jutabonus Development Sdn Bhd yang mengendalikan Feri Galaxy dan Labuan Mainland Link Sdn Bhd dengan tiga ferinya iaitu Kimanis 1, Putrajaya 1 dan Goodwill Star.

 

Pengarahnya, Benjamin Bernard Bijion memberitahu Bernama bahawa penjadualan pergerakan feri dan penghentian perkhidmatan pengangkutan laut penumpang adalah selaras dengan PKP yang bermula 18 hingga 31 Mac bagi membendung penularan wabak COVID-19.

 

Berikut adalah jadual perjalanan feri yang diberikan : 

 

FERI DESTINASI 
LABUAN-MENUMBOK MENUMBOK-LABUAN 
PUTRAJAYA 1  0600 - 0800 0900 - 1030
KIMANIS 1  1530 - 1730 1300 - 1430
GOODWILL STAR  1730 - 1930 2000 - 2200

GALAXY

(ISNIN-SABTU) 

1830 - 2030 0600 - 0800

GALAXY 

29 MAC 2020 (AHAD) 

1830 - 2030  1600 - 1800

 

Benjamin berkata arahan penjadualan pelayaran itu telah dibincangkan dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta LDA Holding.

 

“Kesemua operator feri dikehendaki mengikut jadual pelayaran baharu ini bermula hari ini (24 Mac),” katanya.

 

 

-- BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…