Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi ditambah dua trip bermula 16 September

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Jumlah perkhidmatan feri dari Kuala Perlis ke Langkawi akan ditambah kepada dua trip sehari bermula 16 September ini berikutan Gelembung Pelancongan (Travel Bubble) Projek Rintis ke Langkawi.


Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, trip ditambah pada sesi pagi dan petang pada hari berkenaan berbanding hanya satu trip ketika ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, kemasukan trip feri dari Terminal Kuala Kedah pula akan bermula sebaik tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

 

"Sehubungan itu pelancong boleh membuat tempatan melalui atas talian www.cuticutilangkawi.com.

"Semua penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis ke Langkawi perlu menunjukkan sijil vaksinasi lengkap dua dos suntikan ketika membuat pembelian tiket di kaunter dan ketika memasuki balai pelepasan sebelum dibenarkan memasuki feri," katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

Baharin berkata, penumpang feri juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk melancong ke Langkawi seperti yang ditetapkan.

 

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dalam kenyataan media berkata, Pulau Langkawi akan dijadikan destinasi pertama projek rintis bagi pembukaan sektor Pelancongan domestik sebagai tanda keprihatinan kerajaan dan sokongan negara mencapai liputan luas vaksinasi sempena Hari Malaysia tahun ini.

 

Menurut Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bermula 16 September ini, Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk negeri yang berada di Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Bagaimanapun, kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan perlaksanaan PKPD.

 

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis dan pakar sistem pengangkutan, Abi Sofian Abdul Hamid, berkata jajaran itu,…
Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…