Perkhidmatan feri Kuala Kedah-Langkawi dibuka Khamis ini

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan feri bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi di Terminal Feri Kuala Kedah di sini dibuka semula bermula pada Khamis depan.


Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, buat permulaan ini, perkhidmatan feri bagi perjalanan Kuala Kedah ke Langkawi dibuka dua trip sehari.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

"Kami membuka semula laluan bermula pada 23 September ini untuk agensi kerajaan atau swasta membuat persiapan tempat bagi tujuan saringan Covid-19.


"Saya ingatkan penumpang yang akan ke Langkawi merancang perjalanan dan berada di terminal sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi mengelakkan penumpang bersesak di pusat saringan Covid-19 seperti berlaku di terminal Kuala Perlis sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

 

Dalam perkembangan sama, Baharin memaklumkan, pihaknya memantau trend pembelian tiket feri tersebut.

 

"Ramai penumpang tidak masuk ke Langkawi atau memohon pindaan tarikh kerana banyak mendengar berita tidak benar di media sosial.

 

"Saya mohon berita lama berhubung kesesakan di Terminal Feri Kuala Perlis tidak dijadikan propaganda menakutkan pelancong ke Langkawi ketika ini," katanya lagi.

 

Tambahnya, konsortium menyambut baik saringan Covid-19 di pintu-pintu masuk ke Langkawi kerana boleh memberi keyakinan kepada penumpang di atas feri serta penduduk tetap di pulau berkenaan.

 

 

Bernama
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Tambah beliau, isu tersebut sememangnya dalam perhatian kerajaan malah Jawatankuasa Khas Kabinet…
Berita Domestik
"Feri Pulau Pinang adalah sesuatu yang nostalgia. Jadi rakyat Pulau Pinang cukup bertuah disediakan…
Informasi
  'MERBAU ERA' kemudiannya menuju ke Batam dan selamat tiba bersama 62 penumpang terbabit,menurut…