Perkhidmatan bas elektrik pertama Malaysia dimulakan di Kuching, Sarawak

oleh Mohamad Hanif|
Sarawak hari ini melancarkan perkhidmatan bas awam yang digerakkan oleh tenaga elektrik yang pertama dalam negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia selaras dengan dasar kerajaan negeri yang memberi penekanan terhadap pembangunan lestari.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perkhidmatan Sarawak Electric City Bus (E-Bus) telah bermula sejak Februari 2019 sebagai tempoh percubaan melibatkan sebuah bas.

"E-Bus mendapat sambutan baik dalam kalangan pelawat serta penduduk tempatan yang memuji perkhidmatan percuma, inovatif dan tenaga hijau itu.

"Bagaimanapun dengan hanya sebuah bas, perkhidmatan itu agak terhad. Sehubungan itu bagi menyediakan perkhidmatan E-Bus yang boleh diharapkan, tepat masa, dengan kawasan liputan yang lebih luas, kementerian saya telah mengesyorkan supaya empat unit E-Bus baharu disediakan bagi perkhidmatan ini," katanya semasa berucap di majlis pelancaran perkhidmatan berkenaan hari ini.

Dengan tambahan jumlah bas, beliau berkata perkhidmatan itu kini meliputi kawasan yang lebih luas. Daripada 26 perhentian bas kepada 54 perhentian, berulang alik antara kawasan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh, yang merupakan destinasi popular di sini.

Abdul Karim berkata semua bas itu dilengkapi dengan teknologi terkini, seperti sistem automasi pengumuman hentian bas, sistem kawalan penyiaran kandungan tepat masa, kaunter video penumpang, di samping kemudahan kerusi roda, WIFI percuma, kamera CCTV dan ruang khusus bagi menempatkan basikal yang boleh dilipat.

"Ia juga dilengkapi dengan aplikasi yang dinamakan 'Kuching Metro' yang membolehkan pengguna bas mendapat pemantauan tepat masa lokasi bas, dan jangkaan masa ketibaan bas.

"Empat unit E-Bus yang disediakan untuk perjalanan antara bangunan DUN dan Pusat Hidupan Liar Semenggoh dijangka mempunyai tempoh masa ketibaan selang dua jam setiap bas," katanya.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Timbalan pengurus besar kementerian itu, Daw Myat Mon Thein memberitahu pada Xinhua "Kami kini…
Berita Global
Bas Elec City Town sepanjang 9 meter itu mempunyai jarak gerak 220 km dan harganya di Korea Utara…
Berita Domestik
“Sebagai permulaan operasi, tiket dijual dengan kadar diskaun 30 peratus sehingga 31 Disember 2023…