Perkhidmatan Aerotrain KLIA terganggu lagi

oleh Penyumbang Rencana|
foto hiasan
Kedua-dua aerotrain di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami gangguan kuasa sementara yang menyebabkan gangguan perkhidmatan sekitar jam 8.30 malam tadi, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Dalam satu kenyataan malam tadi, syarikat itu memaklumkan prosedur pemulihan penumpang telah diaktifkan serta-merta, dan pasukan tindak balas lapangan terbang telah dihantar bagi membantu penumpang di dalam tren untuk dibawa ke terminal.

MAHB berkata, perkhidmatan bagi salah satu aerotrain telah dipulihkan pada jam 9.27 malam dan kini kembali beroperasi seperti biasa, manakala kerja-kerja pembaikan masih dijalankan ke atas tren kedua.

Selain itu, pengangkutan alternatif turut disediakan segera bagi memastikan pergerakan penumpang antara terminal utama dan bangunan satelit tidak terjejas, kata Malaysia Airports.

“KLIA sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar insiden ini. Kami kesal atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta pemahaman semua penumpang sepanjang kerja pemulihan dijalankan,” tambah kenyataan itu. 

MalaysiaGazette

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Dijangkakan selepas pengesahan oleh APAD, menjelang akhir bulan ini, aerotrain akan beroperasi…
Berita Domestik
Menurut laporan BERNAMA, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata semua ujian teknikal telah…
Informasi
"Ketika pelaksanaan pelan tindakan komprehensif (CAP) yang bermula pada 15 November tahun lalu,…