Perkhidmatan aerotrain KLIA dihentikan sementara

oleh Penyumbang Rencana|
tangkap layar dari video viral
Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dihentikan sementara bermula hari ini atas faktor keselamatan.


Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata keputusan tersebut diambil susulan insiden membabitkan aerotrain terkandas kira-kira 3 petang di KLIA semalam, membabitkan 114 penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Susulan keputusan menggantung operasi tren tersebut sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian, sebanyak 18 buah bas perantara akan disediakan untuk kemudahan penumpang.

 

"Bas tersebut akan beroperasi sepanjang masa bagi mengambil dan menurunkan penumpang dari balai pelepasan ke terminal satelit," katanya pada sidang media di KLIA pada Khamis.

 

Dalam insiden itu, katanya sebuah aerotrain telah terhenti secara tiba-tiba di atas landasan dan sebuah lagi aerotrain yang sepatutnya digunakan bagi membantu membawa penumpang turut mengalami masalah teknikal, sehingga menyebabkan kesemua 114 penumpang terpaksa berjalan kaki sejauh 400 meter ke terminal satelit.

 

Iskandar Mizal berkata kejadian semalam merupakan insiden kedua penumpang terpaksa berjalan di atas landasan disebabkan masalah teknikal tren berkenaan, sejak mula beroperasi 25 tahun lepas.

 

Beliau berkata bantuan sewajarnya termasuk penginapan dan tiket penerbangan telah diberikan kepada 10 penumpang yang tertinggal penerbangan akibat insiden pada Rabu.

 

Dalam pada itu, Iskandar Mizal berkata kerja-kerja pembaharuan perkhidmatan itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun dengan kos RM700 juta.

 

"Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang 'hidup' dan tertakluk kepada ketetapan di mana operasi akan terus berjalan manakala pembinaan aerotrain baharu juga harus diteruskan," katanya yang turut memohon maaf atas kejadian tersebut.

 

 

- LRT problem, Aerotrain problem, depa ni tak bikin maintenance ke? -

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
Kedudukan tersebut menyaksikan KLIA telah turun empat anak tangga dari kedudukan sebelumnya iaitu…
Berita Domestik
Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh berkata lapangan terbang itu akan direka bentuk semula…