Perkara yang DRB-Hicom tidak beritahu kepada rakyat Malaysia mengenai Geely

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Semasa penjualan 49.9 peratus saham pegangan Proton kepada Geely berlangsung, DRB-Hicom, pemilik Proton tidak begitu dapat memberikan info yang banyak mengenai Geely, syarikat automotif China itu.

Careta bersama dengan sekumpulan media tempatan diterbangkan ke Shanghai untuk mencari sendiri informasi lebih lanjut akan rakan strategik Proton itu.

Perlu dimaklumkan, masih ramai mereka dari pengurusan Proton yang tidak pernah ke ibu pejabat Geely dan berita ini sendiri akan berguna untuk mereka.

  • Nama penuh Geely ialah Zhejiang Geely Holding Group (ZGH), dan di bawahnya ialah syarikat syarikat seperti Geely Auto, Lynk & Co, Volvo, Polestar, Proton, Lotus, London  Taxi Company dan Yuan Cheng Auto.
  • Cara menyebut nama Geely ialah Chee - Lee, bukan Jee-Lee atau Geli Geleman.
  • ZGH sudah berusia 31 tahun (setahun lebih muda dari Proton) dan beribu pejabat di Hangzhou, China.
  • Geely mempunyai lebih dari 60,000 pekerja di merata dunia.
Li Shufu

 

  • Sebelum menghasilkan kenderaan, Geely menjual peti sejuk. Pengerusinya, Li Shufu (gambar di atas) meminjam duit dari ayahnya, seorang petani untuk memulakan perniagaan peti sejuk beliau.
  • Ia mula menjadi syarikat kenderaan pada tahun 1997.
  • Dalam tahun 2007, ia menjalinkan kolaborasi bersama syarikat British, London Black Cabs.
  • Tahun 2009 melihat ZGh membeli syarikat Drivetrain System International dari Australia. Syarikat itu menghasilkan sistem transmisi untuk pengeluar kenderaan global.
  • Dalam tahun 2010, ZGH membeli Volvo Cars Group dari Ford Motor Company.
  • Dalam tahun 2013, ia membeli Maganese Bronze yang kemudian ditukar nama menjadi London Taxi Company.
  • Dalam tahun 2014, ZGH membeli Emerald Automotive yang mempunyai teknologi kenderaan komersil hibrid.
  • Tahun 2016, ZGH menubuhkan Geely Commercial Vehicles dengan empat kilang yang menghasilkan bas, trak dan lori elektrik.
  • Tahun 2017, ZGH membeli 49.9 peratus saham Proton dan 51 peratus saham Lotus.
  • ZGH mempunyai sasaran yang sangat tinggi - 2 juta kenderaan terjual dalam tahun 2020 untuk Geely Auto dan 800,000 unit dalam tahun 2020 untuk Volvo.

 

Emgrand Gleagle GS
Ini adalah satu konsep dari Geely di bawah jenama Emgrand dan Gleagle.

 

  • ZGH pernah menjual kenderaan di bawah beberapa nama - antaranya ialah Emgrand, Englon, Gealgle dan Shanghai Maple.
  • Sekarang ini, Geely menjual kenderaan penumpang di bawah dua jenama sahaja - Geely dan Volvo.
  • ZGH sebenarnya ada juga produk motosikal di bawah nama Zhejiang Geely Ming Industrial. Cuba lawati laman web www.geelybike.com
  • ZGH juga memegang sebanyak sebanyak 29.77 peratus dalam syarikat Zhejiang Qianjiang Motorcycle, menjadikan ia pemegang saham terbesar dalam syarikat motosikal itu. Zhejiang QianJiang memiliki dua jenama motosikal yang dikenali oleh rakyat Malaysia - Benelli dan Keeway.

 

Geely Ningbo

 

  • Geely Auto mempunyai empat pusat R&D di seluruh dunia:
    • - Ningbo
    • - Hangzhou
    • - Gothenburg (bersama Volvo Cars)
    • - Coventry (London Taxi Company)
  • ZGH juga mempunyai satu syarikat China Euro Vehicle Technology Centre (CEVT) yang menghasilkan teknologi-teknologi baharu di bawah kolaborasi Volvo dan Geely.
  • Baru-baru ini, ZGH dan Volvo menjadi rakan kongsi dalam syarikat GV Technology (Ningbo) di mana syarikat itu memegang semua paten bagi teknologi-teknologi yang wujud dalam semua syarikat ZGH agar ia boleh dikongsi oleh semua anak syarikat, termasuk Proton dan Lotus.
shanghai

 

  • ZGH mempunyai empat studio rekebentuk:
    • - Shanghai
    • - Gothenburg
    • - Barcelona
    • - California
  • ZGH mempunyai 12 kilang kenderaan, 6 kilang enjin, 6 kilang CKD di luar China dan 4 kilang kenderaan komersil di serata dunia.
  • ZGH di dalam pelan perancangan untuk membina sebuah litar ujian lengkap di Pusat Penyelidikan Geely di Ningbo.
  • ZGH juga merancang untuk membina enam litar lumba di sekitar China, dan empat darinya akan dibina mengikut pengiktirafan FIA dalam kelas Formula 1.
  • ZGH mempunyai platform kenderaannya sendiri - DMA (segmen D Modular Architecture), CMA (Segmen C) dan BMA (Segmen B). 
  • CMA contohnya dibina bersama dengan Volvo dan akan digunakan oleh syarikat Sweden itu untuk Volvo S40/V40 terbaharu mereka kelak.

 

Geely engines

 

  • Tak cukup dengan platform, ZGH mempunyai barisan enjin sendiri:
    • 1.3L Turbo - pemenang anugerah China’s Top Engine 2014
    • 1.4L Turbo - mempunyai potensi untuk dinaik-taraf ke standard kawalan asap VI China.
    • 1.8L TD - Pemenang anugerah China’s Top Ten Engines tahun 2015/2016, ini ialah enjin petrol turbo dengan direct injection pertama dibuat oleh Geely.
    • 6G35V - Enjin V pertama Geely dengan kapasiti 3.5L V6.
    • GEM3 - Enjin 1.0L Turbo yang direka untuk efisensi dan diiktiraf dunia
    • GEP3 - Enjin 1.5L Turbo yang dibangunkan oleh Geely dan Volvo melalui kerjasama CEVT. Enjin ini juga bakal digunakan oleh Volvo S40/V40 baharu.
  • ZGH juga sudah ada transmisi sendiri dan yang paling menarik ialah model 7DCT dengan teknologi dunia Dual Clutch Transmision atau DCT.
  • Geely Emgrand EV300 menjadi EV paling popular dalam carta penjualan kenderaan EV di China dalam tahun 2016.
Emgrand EV300
Geely Emgrand EV300 datang dengan bateri yang mempunyai jarak perjalanan sejauh 300 km.

 

ZGH masih tidak mahu berkata apa-apa akan rancangan mereka untuk Proton tetapi yang pasti, mereka sedang mengkaji semua option dan pilihan yang ada dan tumpuan utama ialah untuk memastikan Proton kembali menguntungkan.