Perkara penting yang perlu anda tahu sebelum beli dashcam

oleh DIANA ISMADI|

Kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’, kini semakin popular kerana kegunaanya yang dapat merekodkan pelbagai kejadian yang berlaku di atas jalan dan semasa kita berada dalam kereta.


Walaubagaimanapun, sebelum membeli atau memilih ‘dashcam‘, anda perlu mengetahui dan mempertimbangkan beberapa ciri penting tentang fungsi dashcam.
 

Penting sangat penggunaan dashcam?

 

Ya, kegunaan dashcam masa kini adalah penting. Jika berlaku kemalangan dan kenderaan anda terlibat, maka anda boleh menjadikan rakaman video yang ada sebagai bahan bukti. Jika ia bukan salah anda, bolehlah jadikan ia sebagai bukti.

 

Ada juga kes yang terjadi, pihak yang sepatutnya bertanggungjawab bagi kemalangan yang terjadi menunding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain, maka dashcamadalah alat yang paling berkesan untuk kita mempertahankan sesuatu isu atau kejadian.

 

dashcam

 

Adakah kegunaan dashcam salah di sisi undang-undang?

 

Untuk merakam video perjalanan anda di jalan raya awam tiada masalah. Walaubagaimanapun, jangan sampai tersalah guna rakaman yang kita ada.
 

Selagi kita menggunakan rakaman yang ada untuk tujuan yang betul seperti menjadikan ia sebagai bukti kepada pihak polis, syarikat insuran dan mahkamah maka ia tidak salah.

 


Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan untuk memilih dashcam;

 

Paparan LCD

 

dashcam

 

Dashcam yang dilengkapi dengan paparan skrin LCD memudahkan kita untuk menetapkan arah rakaman pada bila-bila masa dan tonton rakaman video yang dirakam tanpa skrin komputer.

 

Fungsi GPS

 

Fungsi GPS pada dashcam dapat merekod secara automatik lokasi dan kelajuan anda semasa rakaman video. Model yang datang dengan ciri GPS biasanya datang dengan perisian untuk melihat data yang dirakam.

 

Bateri tambahan

 

dashcam

 

Biasanya dashcam beroperasi tanpa bateri internal dengan menggunakan sumber kuasa 12 V yang ada dalam kereta. Tapi, untuk merakam semasa kenderaan tidak berjalan atau semasa parkir, anda memerlukan “internal battery” supaya dapat membantu merakam.

 

Continuous loop

 

Rakaman awal akan dibuang jika memori penyimpanan sudah penuh. Jadi anda akan ada cukup memori untuk menyimpan rakaman yang terbaharu.

 

Kaedah pemasangan

 

dashcam

 

Bagi memudahkan kita untuk membuka atau memindahkan dashcam, cara yang terbaik adalah memasang dashcam menggunakan pendakap dengan “suction cup” dengan saiz yang sesuai. Suction cup boleh dilekatkan pada cermin hadapan kereta atau papan pemuka (dashboard) kereta.

 

Rakaman secara automatik
 

Kamera terus beroperasi sebaik sahaja anda menghidupkan enjin kenderaan, dan biasanya berhenti apabila enjin dimatikan.

 

Mengesan impak

 

dashcam

 

Kamera akan berfungsi sebaik sahaja ia dapat mengesan gerakan dan kemudian merakam secara automatik. Jadi, semasa anda parkir kereta, jika ada yang melanggar atau menggerakkan kereta anda, dashcam ini akan berfungsi dengan merekod secara automatik.

 

Sambungan wifi

 

dashcam

 

 

Dengan fungsi sambungan wifi, anda dapat melihat semula rakaman melalui jaringan “wireless” atau aplikasi pada telefon pintar anda. Dengan sambungan wifi juga, anda dapat melakukan tetapan menerusi telefon pintar.

 

Kualiti gambar baik

 

dashcam

 

Dengan kualiti rakaman yang baik, anda dapat melihat rakaman dari jarak jauh melalui kamera dengan kualiti yang baik. Gambar dengan resolusi 720p sudah cukup baik, dan kini dah banyak kamera dengan resolusi 1080p sudah ada di pasaran.
 

Selain itu, “viewing angle” juga sangat penting. Semakin besar “viewing angle” semakin luas pandangan rakaman.

 

Kualiti rakaman malam baik

 

dashcam

 

Pastikan kamera yang dipilih mestilah dapat merakam perjalan pada waktu malam dengan baik. Sebaiknya, pilih kamera yang dilengkapi dengan High Dynamic range yang dapat merakam gambar dengan lebih jelas dalam cahaya yang minimum.

 

Kad memori boleh tanggal

 

dashcam

 

Pastikan kad memori boleh dikeluarkan tanpa anda perlu menaggallkan kamera jika ingin membuka kad memori. Lebih mudah dan selamat!

 

 

 


 


 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Informasi
Kerana itu, Careta sangat sarankan pemasangan dashcam pada kenderaan anda. Namun begitu, ada…
Berita Domestik
Rangkaian kedai aksesori kereta terkemuka di kalangan penggemar audio dan juga produk AutoFoam, KL…