Perjumpaan Kelab Juara Selatan - kombinasi kreativiti dan semangat kekeluargaan

oleh HEZERI SAMSURI|

Proton Juara bukanlah satu model yang popular sewaktu ia diperkenalkan.

Mungkin citarasa pengguna Malaysia ketika itu masih tidak begitu menerima konsep K-car gaya van yang berpetak dan mengoptimasikan ruang.

Dilancarkan dalam tahun 2001 di KLCC oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad di perkarangan KLCC, ia adalah model kelapan dalam keluarga Proton dan merupakan MPV pertama di bawah jenama itu.

Dipasang di kilang USPD di Pekan, Pahang, Proton Juara datang dengan enjin 1.1L dan transmisi automatik. Ia berupaya memuatkan enam orang penumpang dan mempunyai aksesori canggih di mana enjin dan pendingin hawa boleh dihidupkan dari jauh (remote start). 

 

 

Harga pelancarannya ialah sekitar RM44,000. Sayang sekali sambutannya hambar dan akhirnya ia tenggelam di dalam sejarah Proton. 

Namun begitu, kini ada yang mencari Juara kerana ia praktikal dan mudah dipandu. Sayang sekali alat gantinya memerlukan sedikit masa untuk dicari dan mungkin kerana itu, pemilik-pemiliknya sering bersatu untuk mencari alat ganti. Lama kelamaan ia menjadi satu kelab dengan gaya hidup sihat.

 

 

Careta turun padang untuk melawat Kelab Juara Selatan ini di Putrajaya ketika ahli-ahli kelab dan keluarga masing-masing melakukan perjumpaan.

Ternyata, suasana hiruk pikuk dengan ketawa anak-anak sementara kaum ibu duduk menyediakan makanan sementara si suami dan rakan-rakan berbincang akan Proton Juara mereka.

 

 

Terima kasih dari Careta kepada Kelab Juara Selatan (Kuala Lumpur, Selangor, Negri Sembilan, Melaka dan Johor) kerana sudi menjemput Careta untuk bersama mereka sewaktu perjumpaan tersebut.

Di bawah ialah 90 keping gambar pelbagai jenis modifikasi Juara untuk rujukan semua.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kos servis atau penyelenggaraan sering menjadi satu topik yang "tidak sengaja" dilupakan oleh ramai…
Pelancaran
SUV premium dengan lima tempat duduk itu kini ditawarkan pada harga bermula dari RM99,800 untuk…
Berita Domestik
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Datuk Rashid Musa dikatakan akan menyertai Kumpulan UMW…