Perjiwa tuduh 10 pemandu teksi dibayar untuk berlaku biadap pada PM

oleh HEZERI SAMSURI|
Dua hari sudah, 10 orang yang disyakki pemandu teksi bersuara lantang dan berkata kesat ketika berdebat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika majlis perjumpaan antara beliau dan Perjiwa Malaysia (Pertubuhan Kesepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia) di Langkawi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tun Dr Mahathir ketika itu sedang cuba menerangkan isu e-hailing dan bagaimana ia boleh diselarikan dengan perkhidmatan teksi.

Menurut Pengerusi Perjiwa Malaysia, Zailani Isaisuludin, pihak persatuan telah memohon ampun dan maaf kepada Perdana Menteri dan berharap isu ini tidak akan diperbesarkan lagi.

Zailani juga memberitahi Astro Awani bahawa 10 orang pemandu teksi yang berkata kesat dan kemudian keluar dewan itu bukan ahli Perjiwa Malaysia.

"Saya pun tidak kenal mereka," ujar Zailani.

"Mungkin mereka diupah oleh pihak tertentu untuk membuat kacau pada majlis itu," sambungnya lagi.

Zailani berharap pihak berkenaan membuat permohonan secara rasmi minta maaf kepada Perdana Menteri.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Setiausahanya, Asad Hanapi berkata, antara inisiatif yang diharapkan adalah pelaksanaan…
Berita Domestik
Pelanjutan itu selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan dalam usaha melestarikan industri…
Berita Domestik
  "Ini merupakan dasar yang kita akan perkenalkan semula dan mana-mana pihak yang ingin melabur…