Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember 2020, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.


Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura hari ini memaklumkan kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Susulan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR.

 

“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” demikian menurut kenyataan bersama itu.

 

Kenyataan itu masing-masing diwakili Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

 

Dalam perkembangan sama, kedua-dua negara menegaskan akan tetap komited menjaga hubungan dua dan bekerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.

 

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dikehendaki membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura susulan penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

 

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Singapura dalam kenyataan berasingan berkata perbincangan telah dilakukan di antara Malaysia dan Singapura menerusi sidang video pada 2 Disember lalu bagi mengkaji status projek HSR.

 

Ia termasuk melibatkan perubahan yang dicadangkan Malaysia terhadap projek berkenaan.

 

Jelas kenyataan itu, Malaysia telah bersetuju agar perjanjian projek tersebut ditamatkan, sekali gus Malaysia harus membayar ganti rugi kepada Singapura.

 

“Hubungan kami dengan Malaysia adalah kukuh dan pelbagai aspek, dan kami mengharapkan hubungan baik yang berterusan dan kerjasama erat dengan Malaysia untuk kepentingan bersama kedua-dua negara,” jelas kenyataan itu lagi.

 

Kata kementerian itu lagi, Singapura dan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Dua Hala (BA) HSR pada 2016.

 

Pembinaan Projek HSR kemudian ditangguhkan dari September 2018 hingga 31 Disember 2020 atas permintaan Malaysia, dengan pemahaman bahawa lanjutan tempoh penggantungan hingga 31 Disember 2020 akan menjadi lanjutan terakhir.

 

 

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
Dari segi reka bentuk pula, HSR Kuala Lumpur ke Singapura perlu mempunyai kelajuan 350 kilometer…
Berita Global
Antara stesen yang belum disiapkan ialah Stesen Padalarang (65 peratus) disebabkan kerja-kerja…