Perjalanan tren akan dikurangkan sehingga PKPB selesai

oleh HEZERI SAMSURI|
Frekuensi perjalanan perkhidmatan LRT, MRT dan monorail akan dikurangkan bermula Isnin (26 Okt) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dimansuhkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Operasi Prasarana Malaysia, Datin Norlia Noah, pihak syarikat telah pun mendapat kebenaran dari Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan kadar perjalanan tren kerana penurunan pengguna yang mendapat ketika PKPB sekarang.

"Waktu operasi kekal dari jam 6 am hingga tengah malam, cuma kadar kekerapan akan berubah mengikut masa dan permintaan," ujarnya melalui kenyatan akhbar.

Kekerapan perjalanan untuk perkhidmatan bas Rapid KL dan Jom Naik MRT turut akan dikurangkan, kecuali Rapid Bus yang akan dipantau keperluannya.

Prasaran menyeru orang ramai dan pengguna untuk menggunakan Google Maps atau applikasi Moovit serta perkhidmatan laman web https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk untuk memudahkan perancangan pergerakan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Enam daerah tersebut adalah Ulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang, dan…
Berita Domestik
"Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi…
Informasi
  “Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda…