Perjalanan 15 minit berakhir dengan kereta dihanyutkan banjir

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah kenderaan mewah rosak teruk akibat dihanyutkan banjir kilat di Petaling Jaya semalam.

Menurut laporan akhbar The Star, pelajar kolej berusia 21 tahun itu sedang memandu sedan mewah milik makciknya bila ia terkandas di dalam banjir kilat.
Modenas

Kejadian yang berlaku di Jalan PJU 1A/1 pada jam 3.20 pm itu turut menyaksikan tiga lagi kenderaan terperangkap di dalam banjir kilat.

Menurut Shirley Ng, 56, pemilik kenderaan yang dipandu oleh anak saudaranya itu, keretanya dikira musnah sepenuhnya (total loss) kerana enjin dan bahagian kabin dimasuki air.

"Walaupun saya menggunakan insurans keseluruhan, ia tidak merangkumi bencana alam atau banjir," ujar Ng.

Kereta yang dimiliki beliau sejak tahun 2013 itu hanyut selepas orang awam berjaya mengeluarkan anak saudaranya yang tidak boleh membuka pintu dari dalam kerana air yang semakin dalam.

"Air naik mendadak dan dia tak mampu nak berbuat apa-apa," sambung Ng. 

Banjir kilat kini melanda Lembah Klang sejak seminggu dua lalu kerana jumlah air hujan yang turun banyak dalam masa yang singkat.

Penduduk sekitar di minta berhati-hati dan jangan terlalu berani serta jangan meninggalkan kenderaan di bawah pokok kerana kes pokok tumbang turut meningkat.

* Laporan asal dari The Star

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Informasi
Namun begitu, Jaguar dan Tesla menyatakan kenderaan elektrik adalah jauh lebih selamat untuk…
Berita Global
Kejadian ini menyebabkan beberapa unit kenderaan tersangkut di atas jalan yang ditenggelami air…
Berita Domestik
Pihak Next Bike Sdn Bhd memberi jaminan bahawa keadaan banjir di pusat pameran Ducati Malaysia PJ…