Perintah Kawalan Pergerakan:110 ditahan ingkar arahan!

oleh SALINA JALIL|
Polis telah menahan 110 individu atas pelbagai kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tujuh hari pelaksanaan, bermula 18 Mac lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kebanyakan yang ditahan membabitkan kesalahan ingkar arahan dan mencabar tugas anggota ketika sekatan jalan raya.


Beliau berkata, peranan dan tanggungjawab polis amat jelas disebut dan digariskan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dalam pelaksanaan PKP.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Pada peringkat awal polis mengambil pendekatan merayu, menjelaskan dan menasihati orang ramai supaya mematuhi PKP.

 

“Namun, polis tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dengan menahan individu yang ingkar.

 

“Seramai 110 individu ditahan kerana ingkar malah ada yang bersikap biadap, mencabar, memaki hamun dan mengkasari anggota disebabkan tidak mahu beredar,” katanya dalam satu temubual khas sempena Hari Polis Ke-213 di Selamat Pagi Malaysia (SPM), hari ini.

 

Beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP dan pihaknya tidak akan teragak-agak menahan individu yang melanggar perintah berkenaan.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…