Perintah Kawalan Pergerakan: Warga Thailand keluar dari Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Padang Besar: Warga Thailand yang berada di negara ini didapati mula keluar beramai-ramai hari ini, susulan langkah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai hari ini.


Tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mendapati ratusan kenderaan bernombor pendaftaran Thailand beratur sepanjang lebih dua kilometer dari pintu sempadan sejak awal pagi semalam lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis, Sukmawati Mohd Idris, berkata berlaku sedikit salah faham apabila warga Thailand yang berada di Malaysia menyangka mereka tidak dibenarkan keluar mulai esok sehingga 31 Mac depan.

 

Katanya, tiada halangan ke atas warga Thailand keluar dari negara ini, namun mereka tidak dibenarkan masuk ke Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

 

“Perintah Kawalan Pergerakan hanya dikenakan ke atas warga Malaysia yang mahu ke luar negara dan bagi warga Thailand, mereka masih boleh keluar mengikut pintu sempadan seperti biasa.

 

“Namun, mereka (warga asing) tidak dibenarkan masuk semula ke negara ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan hanya warga Malaysia di luar negara sahaja dibenarkan masuk dengan syarat tertentu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

 

Sementara itu, warga Thailand, Sopian Che Pa, 35, berkata dia mengambil keputusan keluar dari Malaysia selepas menerima maklumat mengenai Perintah Kawalan Pergerakan daripada rakan senegaranya malam tadi.

 

“Memandangkan tempoh lawatan saya tamat minggu hadapan dan bagi mengelak sebarang kesulitan atau masalah, saya ambil keputusan untuk pulang ke Patani pagi ini, namun tidak sangka berlaku kesesakan.

 

“Saya tiba di pintu sempadan pada jam 9 pagi tadi dan terpaksa menunggu giliran agak lama sebelum dapat melepas pemeriksaan pihak berkuasa,” katanya.

 

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…