Perintah Kawalan Pergerakan: Penduduk Temerloh dilarang keluar selepas jam 12 TENGAHARI

oleh SALINA JALIL|
Polis memberi amaran kepada penduduk sekitar Temerloh supaya tidak keluar ke bandar selepas jam 12 tengah hari.


Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana individu yang masih ingkar dengan arahan tersebut bermula hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Kita tidak boleh berlembut lagi,dan akan mengambil tindakan keras dan tegas kepada mereka yang masih berdegil. Jika melihat kepada dua tiga hari ini, bandar Temerloh dipenuhi kenderaan seolah-olah ada pesta.

 

"Kita telah memberikan peluang untuk ke bandar membeli barangan keperluan mereka dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari.

 

"Namun masih ada yang tetap keluar selepas waktu tersebut untuk membeli barangan keperluan masing-masing. Tugas orang ramai mudah, duduk di rumah hingga esok dan elakkan keluar selepas itu bagi mengelakkan wabak ini terus merebak," katanya lagi.

 

Beliau berkata sedemikian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dalam usaha kerajaan berdepan wabak koronavirus(Covid-19),orang ramai perlu menghadkan pergerakan di luar rumah dan keluar bagi urusan penting atau kecemasan.

 

Namun beliau memberitahu,pengecualian masih diberikan kepada petugas-petugas penting serta hal-hal kecemasan lain serta mereka yang terlibat dalam penghantaran makanan atau barangan selepas waktu terbabit namun perlu mendapat kebenaran pihak polis.

 

"Peringatan terakhir kepada orang ramai jika terus berdegil, tindakan akan diambil mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020) beserta Seksyen 269 Kanun Keseksaan," tegasnya.

 

 

SH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…