Perintah Kawalan Pergerakan: MPV tidak berhenti, polis lepaskan tembakan

oleh SALINA JALIL|
Polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) tidak berhenti di sekatan jalan raya di Kampung Panggong Lalat dekat Gua Musang, hari ini.


Dalam kejadian 11 pagi itu, kenderaan terbabit yang dalam perjalanan dari arah Kuala Betis menghala ke Gua Musang itu dipandu laju dan enggan berhenti di sekatan.


Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kenderaan terbabit dikejar kenderaan peronda polis hingga ke jalan Kuala Lipis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Katanya, Toyota Alphard kemudiannya berpatah balik selepas mendapati ada lagi sekatan jalan raya di Kampung Tanah Puteh.

 

Berikutan itu, kenderaan berkenaan sekali lagi memasuki jalan ke Kuala Betis sebelum anggota polis bertindak melepaskan tembakan berhampiran sekatan jalan itu.

 

“Tembakan itu terkena tayar belakang Toyota Alphard terbabit sebelum hilang kawalan dan terbabas ke longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mohd Taufik berkata, polis yang melakukan siasatan menemui lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berada dalam kenderaan terbabit.

 

Beliau berkata, pemandu kenderaan itu melarikan diri ke dalam hutan berdekatan kampung berkenaan dan belum dapat dikesan.

 

“PATI yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita itu dipercayai dibawa ke negeri ini dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

Mohd Taufik berkata, lima pendatang asing terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan tembakan polis itu hanya terkena tayar kenderaan berkenaan.

 

“Kita sedang mengesan pemandu kenderaan itu yang masih menghilang diri,” katanya.

 

Beliau berkata, sekatan jalan di Jalan Gua Musang-Kuala Betis bertempat di Kampung Panggong Lalat itu dilaksanakan berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

 

 

mpv

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pegawai Perhubungan By The Billions, Afiq Feisal berkata, “Kami percaya bahawa sejak kejayaan…
Berita Domestik
Secara keseluruhan, Proton dianggarkan memegang pasaran sebanyak 22.7 peratus, atau peningkatan…
Telah Diuji
Ia bukanlah satu perkara yang kurang baik, memandangkan kebanyakan negara serta pengeluar automotif…