Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April

oleh Mohamad Hanif|
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PK) dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 14 April ini, umum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau juga meminta rakyat bersedia untuk terus tinggal di rumah bagi suatu tempoh yang lebih lama.

Katanya, keputusan itu perlu kerana taklimat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara menunjukkan kes positif baharu Covid-19 masih berlaku dan trendnya dijangka berterusan untuk beberapa ketika.

“Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh masa yang lebih lama.

“Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia,” katanya, dalam perutusan kepada rakyat yang disiarkan secara langsung di televisyen sebentar tadi.

Sumber: Malaysian Insight
Sumber gambar: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…