Perintah Kawalan Pergerakan: Bertumbuk jam 2 pagi, 8 lelaki ditahan!

oleh SALINA JALIL|
Lapan lelaki ditahan kerana bergaduh serta ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Bersatu, Pulai, Baling, 2 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, mereka berkumpul sebelum bertumbuk dipercayai akibat perselisihan faham sesama mereka.


Beliau berkata, selepas menerima aduan, anggota polis bergegas ke lokasi dan mendapati kumpulan terbabit bertumbuk dipercayai kerana masalah hutang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Polis menahan semua suspek kerana merusuh di hadapan sebuah rumah di taman itu semasa PKP dijalankan, selain mengganggu ketenteraman awam.

 

“Sepatutnya mereka berada di rumah masing-masing ketika PKP dilaksanakan sekarang bagi mengelak jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Syed Basri berkata, mereka disiasat mengikut Seksyen 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK).

 

Beliau berkata, mereka ditahan reman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

 

Katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa patuh dengan arahan PKP dan berada di dalam rumah masing-masing.

 

 

HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…