Perintah Kawalan Pergerakan: 40 ke 50 kenderaan setiap 10 minit di Gua Musang

oleh SALINA JALIL|
Polis sudah memeriksa lebih 10,000 kenderaan di sekatan jalan raya di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, dekat Kampung Tanah Puteh, di sini, sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, berkata sejak diadakan sekatan bermula dua hari lalu terdapat 40 hingga 50 kenderaan melalui jalan itu setiap 10 minit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebilangan besar kenderaan yang melalui jalan itu untuk pulang semula ke Kuala Lumpur selepas beberapa hari tinggal di kampung sekitar Kota Bharu.

 

Melihat kepada keadaan itu mereka masih berdegil dan tidak patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19, berkuat kuasa 18 Mac lalu hingga 31 Mac ini.

 

“Apabila ditanya mereka memberi alasan sudah lama tinggal di kampung dan ada hal penting untuk pergi semula ke Kuala Lumpur,” katanya ditemui di sekatan jalan di Kampung Tanah Puteh, dekat sini, hari ini.

 

Selain itu ada juga pengguna yang berpusu-pusu pulang ke kampung kerana menganggap tempoh kawalan pergerakan selama 14 hari adalah cuti panjang.

 

Mohd Taufik berkata, mereka dianggap melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa kerana dalam tempoh itu mereka dikehendaki berada di rumah.

 

“Kita hairan kerana mereka ini langsung tidak berasa bersalah melanggar arahan kawalan pergerakan itu. Polis belum bertindak lebih tegas bagi menghalang pengguna sama ada hendak pulang ke kampung atau sebaliknya setakat ini,” katanya.

 

Sekatan jalan raya itu akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam sehingga tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan tamat 31 Mac ini.

 

Mohd Taufik (tunduk) bertanya sesuatu kepada pemandu kenderaan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur di sekatan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis dekat Kampung Tanah Puteh, di sini, hari ini.

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata, kebenaran itu akan bermula 9 September ini secara janji…
Berita Domestik
  Malah ada majikan yang menetapkan seseorang pekerja itu wajib memiliki lesen memandu sebelum…
Berita Domestik
  "Bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa…