Perintah Kawalan Pergerakan: 12 individu termasuk dua wanita dipenjara kerana ingkar arahan PKP

oleh SALINA JALIL|
Dua wanita antara 12 individu yang dipenjara selepas mengaku bersalah kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan di Sarawak, semalam.


Dua wanita tersebut bersama lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Dalat mengikut Seksyen 7 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner, Denis Leong Soon Kuai, berkata semua tertuduh mengaku bersalah dan dihukum penjara dua bulan.

 

Sementara itu, beliau berkata, empat lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret Sarikei dengan seorang daripadanya mengaku tidak bersalah.

 

Dua lelaki warga asing pula turut didakwa mengikut tuduhan yang sama di Mahkamah Majistret Miri.

 

Beliau berkata, tiga daripada empat tertuduh di Sarikei itu menghadapi satu lagi pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana tidak membawa kad pengenalan.

 

“Tiga tertuduh di Sarikei dan dua di Miri mengaku bersalah dan mereka dihukum penjara antara dua hingga empat bulan, denda RM1,000 tambahan sebulan hingga dua bulan penjara jika gagal membayar denda dan tiada seorang pun daripada tertuduh membayar denda itu.

 

“Sementara itu, tiga yang mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Peraturan Pendaftaran Negara pula didenda antara RM1,000 hingga RM2,000 dan penjara antara sebulan hingga dua bulan jika gagal membayar denda. Semua tertuduh gagal membayar denda,” katanya.

 

Beliau berkata, polis akan membawa lebih banyak kertas siasatan mengikut Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kepada Jabatan Peguam Negara seterusnya dibawa ke Mahkamah minggu depan.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, operasi dijalankan sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan…
Berita Domestik
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya pekerja tujuh stesen minyak untuk menunjukkan…
Berita Domestik
  Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara bermula tarikh tangkap, Khamis lalu. Mengikut…