Seramai 151 pegawai dan anggota polis serta JPJ akan bertugas bagi mengawal aliran trafik dengan lebih 80,000 peminat motosikal dijangka hadir pada program berkenaan.
Menurut beliau, Sekatan Jalan Raya (SJR) akan ditingkatkan di kawasan panas (hotspot) dan tindakan saman serta sita kenderaan akan diambil jika ada peserta didapati melanggar peraturan ditetapkan.
“Selain itu, pihak berkuasa juga boleh membatalkan permit penganjuran jika terlalu banyak aduan atau memperketatkan syarat agar penganjur terikat peraturan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya lagi.
Antara kesalahan yang sering berlaku tiada lesen memandu, ubah suai nombor pendaftaran dan ekzos serta tiada cukai jalan.
Pada program tahun lalu sebanyak 292 saman polis dan 311 saman JPJ telah dikeluarkan, selain empat kes kemalangan maut.
Beliau turut berkata, “saya mengalu-alukan kedatangan peminat sukan permotoran ke Terengganu tetapi ingin saya tegaskan agar mereka mematuhi undang-undang jalan raya dan berhati-hati dalam perjalanan.
- semoga selamat perjalanan anda ke sana -
Bacaan lanjut di Utusan Malaysia