Peringatan dari PLUS: Terus patuhi SOP COVID-19 semasa perjalanan rentas negeri

oleh SALINA JALIL|
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengalu-alukan keputusan Kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri di antara zon hijau apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan hari ini.


Ketika rakyat Malaysia merancang semula perjalanan di lebuh raya, PLUS menyatakan komitmennya untuk terus membantu menyediakan perjalanan yang selamat dan selesa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

“Ramai yang telah memuat turun Aplikasi PLUS yang membolehkan mereka merancang perjalanan serta mendapatkan kadar bayaran tol ke destinasi mereka. Aplikasi ini juga membolehkan pelanggan untuk membuat pra-pesanan makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) yang terpilih sepanjang perjalanan. 


Lebih utama, aplikasi ini juga membolehkan pelanggan mendapatkan bantuan pasukan PLUSRonda sekiranya berlaku kecemasan di lebuh raya selain menghubungi talian PLUSLine 1800 88 0000. Selain itu, chatbot pertama lebuh raya, PUTRI (PLUS Unique Texting Realtime Interface) juga turut bersedia berinteraksi untuk menjawab semua pertanyaan tentang lebuh raya PLUS,” kata Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail.


Perjalanan pelanggan di sepanjang 1,130 kilometer lebuh raya kendalian PLUS dibantu oleh 17 seksyen dan 4 wilayah operasi dengan kehadiran 572 anggota PLUSRonda serta pasukan keselamatan lebuh raya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan mereka.
 

 

Dengan 29 R&R dan 50 hentian sebelah, pelanggan lebuh raya berpeluang untuk berhenti rehat dan menjamu selera dan mendapatkan pelbagai juadah makanan dan barangan daripada 600 rakan niaga PLUS.


Walaupun sedikit kelonggaran diberikan apabila PKPB ditamatkan, virus Covid-19 masih lagi berada di sekeliling kita. Oleh itu, PLUS menasihatkan semua pelanggan lebuh raya supaya membuat urusan tambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal sebelum mereka memasuki lebuh raya di 13,000 kaunter tambah nilai yang disediakan di stesen minyak, pusat membeli-belah, mesin ATM dan sebagainya bagi memastikan mereka mempunyai baki yang cukup untuk perjalanan mereka.

 

Langkah mudah ini dapat menggalakkan transaksi tanpa sentuh dan tanpa tunai yang berperanan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

 

R&R

 


“Dalam masa yang sama, PLUS mengalakkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan agar lebih bertanggungjawab semasa situasi wabak Covid-19 ini. Pelanggan lebuh raya boleh menyemak status destinasi yang dituju daripada perspektif Covid-19 sebelum memulakan perjalanan mereka. Maklumat tersebut boleh didapati menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau Aplikasi MySejahtera,” ujar Datuk Azman.


PLUS dan pasukan barisan hadapan lebuh rayanya sentiasa komited menjaga pelanggannya sepanjang perjalanan.

 

Pada masa yang sama, PLUS mengingatkan pelanggan lebuh raya supaya sentiasa mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal, membersihkan tangan menggunakan pencuci nyah kuman, mengambil bacaan suhu badan serta mendaftarkan diri menggunakan aplikasi MySejahtera apabila singgah di R&R, hentian sebelah dan restoran jejantas di sepanjang lebuh raya.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, pihak PLUS akan mengaktifkan SmartLane di 14 lokasi tumpuan trafik…
Berita Domestik
MyPLUS-TTA merupakan sebuah aplikasi berkonsepkan pengagihan trafik berdasarkan polar perjalanan…