Perincian Land Rover Defender 2020 - tiga varian badan, enam pilihan trenkuasa!

oleh Mohamad Hanif|

Tidak sabar pula rasanya untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana Jaguar Land Rover menjelmakan semula model ikonik Defender ini dalam bentuk generasi baharu. 

Manakan tidaknya, semakin hari semakin banyak pula info dan gambar yang tertiris, dan yang terbaharu, kita dapat mengetahui bahawa Defender baharu bakal didatangkan dalam tiga bentuk badan. 
 


Mengikut slide persembahan produk yang diperoleh daripada forum Disco4, model sulung yang bakal memasuki pasaran terlebih dahulu ialah Defender 110 pada Oktober ini. 

Dengan jarak antara roda sepanjang 3,022 mm, ia bakal membawakan konfigurasi tujuh tempat duduk, dengan dimensi yang duduk ditengah-tengah antara Defender 90 dan Defender 130.
 


Defender 90 pula dengan jarak antara roda 2,587 mm akan diperkenalkan pada Mac tahun hadapan dan menawarkan sehingga enam orang penumpang pada satu-satu masa. 

Manakala model paling panjang, Defender 130 akan dilancarkan sebagai model 2021 pada Oktober 2020 dan mampu memuatkan sehinga lapan orang, terima kasih kepada jarak antara roda sepanjang 5,100 mm!
 


Dari segi nadi kuasa, Land Rover Defender bakal ditawarkan dengan tiga enjin diesel iaitu:
D200 - diesel, empat silinder sebaris 2.0 L, 197 hp, 430 Nm
D240 - diesel, empat silinder sebaris 2.4 L, 237 hp, 430 Nm
D300 - diesel, enam silinder sebaris 3.0 L, 296 hp, 650 Nm

Manakala versi aras mula bakal ditawarkan dengan enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 liter yang mampu menghasilkan 296 hp dan 400 Nm. 

Terdapat versi plug-in hybrid yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 398 hp, dan versi tertinggi pula P400 didatangkan dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 L dengan 395 kuasa kuda dan 550 Nm. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti contoh, Ineos Automotive menerusi model SUV Ineos Grenadier dan yang terbaharu datang dari…
Berita Global
Kini, syarikat itu mengorak langkah baharu dengan memulakan fasa produksi bagi SUV 'pengganti…
Berita Global
  Kesemua 16 buah Defender 110 tersebut disimpan dan kini dibuka untuk jualan, jarak pemanduan…