Perincian Kia Sorento 2021 - platform baharu, trenkuasa Smartstream hibrid turbo!

oleh Mohamad Hanif|
Sementara kita menantikan pelancaran rasmi Kia Sorento 2021 pada acara Geneva Motor Show 2020, Kia telah pun mendedahkan lebih banyak perincian berkenaan SUV yang diberikan kod nama MQ4 itu.

Salah satu daripadanya adalah penggunaan platform serba baharu yang menawarkan struktur ruang enjin yang lebih kompak, jarak overhang yang pendek dan jarak antara roda yang lebih panjang. 

 


Ciri yang disebutkan diatas menjadikan Kia Sorento lebih panjang 10 mm dan jarak antara roda bertambah sebanyak 35 mm kepada 2,815 mm, memberikan kelebihan ruang berbanding SUV saiz pertengahan yang lain. 

Walaupun bertambah dari segi dimensi, penggunaan bahan ringan, Kia Sorento ternyata berjaya mengurangkan berat badan sehingga 80 kilogram berbanding Kia Sorento terdahulu. 

Platform ini juga turut menyokong penggunaan trenkuasa Smartstream hibrid turbo yang terkini.
 


Salah satu enjin yang dimaksudkan adalah enjin T-GDI 1.6 liter yang digandingkan dengan motor elektrik menghasilkan output kuasa sebanyak 227 hp dan 350 Nm daya kilas, serta pek bateri berkapasiti 1.49 kWh.

Varian plug-in hybrid juga akan turut diumumkan dalam masa terdekat. 

Opsyen enjin diesel juga turut ditawarkan iaitu:

  • 2.2 liter Smartstream - 199 hp, 440 Nm
  • 2.5 liter Smartstream - 277 hp, 421 Nm

dan kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar basah lapan nisbah kelajuan. 
 


Selain daripada itu, Kia Sorento merupakan model pertama Kia yang dilengkapi dengan sistem Brek Berbilang-Pelanggaran (Multi-collision Brake) - ciri di mana brek akan diaplikasikan saat beg udara meletus bagi mengurangkan impak pelanggaran kedua. 

Lebih banyak perincian akan didedahkan ketika acara pelancaran di peringkat global di Geneva Motor Show pada bulan hadapan. 

Baca: Kia Sorento Baharu, SUV Segak Bergaya

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Kia nampaknya telah pun menerbitkan beberapa keping gambar teaser yang memperlihatkan ruang dalaman…
Berita Global
Namun, Kia nampaknya sudah pun bersedia untuk melancarkan SUV saiz pertengahan tersebut dengan…
Berita Global
Beberapa laporan daripada media automotif turut menemukan model ujian yang dipercayai Kia Sorento…