Perincian Kawasaki ZX-25R didedahkan - bakal lancar di Indonesia?

oleh Mohamad Hanif|
Anda telah pun melihat kelibat motosikal suku liter dengan enjin empat silinder sebaris daripada Kawasaki - ZX-25R yang telah pun diperlihatkan pada acara Tokyo Motor Show 2019 tempoh hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nampaknya, pihak Kawasaki Indonesia seperti memberikan petunjuk bahawa motosikal panas tersebut bakal mendarat di sana berdasarkan tujuh video teaser yang telah pun diterbitkan menerusi laman Youtube rasmi Kawasaki Indonesia. 

 


Berdasarkan spesifikasi yang diperlihatkan, Kawasaki ZX-25R bakal menjadi raja di dalam kelas suku liter berdasarkan penggunaan enjin empat silinder sebaris sejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api. 

Menariknya, dalam salah satu video yang diterbitkan, Kawasaki mengesahkan enjin empat silinder sebaris tersebut mampu mencapai tahap putaran enjin setinggi 17,000 rpm!
 


Malah, Kawasaki turut menyebut enjin tersebut memiliki karakteristik putaran enjin yang sangat pantas, kadar respons yang lebih tepat serta daya kilas yang lebih baik pada putaran enjin rendah serta pertengahan. 

Aspek kawalan kuasa dibantu dengan ciri-ciri seperti Kawasaki Traction Control, Power Mode serta Quickshifter bagi memudahkan para penunggang melampiaskan kuasa terpendam. 

Ciri pertama yang hadir di dalam motosikal kelas 250 cc adalah penggunaan sistem suspensi Separate Function Fork - Big Piston (SFF-BP) bersaiz 37 mm di hadapan serta monoshock Horizontal Back-Link di belakang. 
 


Jadi, bagaimanakah Kawasaki Indonesia mahu memposisikan harga jualan sebenar untuk satu-satunya motosikal 250 cc dengan enjin empat 'dapur' ini jika dibandingkan dengan pesaing seperti Yamaha R25, dan Honda CBR250RR?

Sama-sama kita nantikan.

Sementara itu, nikmati tujuh video teaser berkenaan Kawasaki ZX-25R yang diterbitkan oleh Kawasaki Indonesia ini. 

 

 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Spesifikasi rasmi jentera tersebut turut juga diumumkan, di mana enjin sejukan cecair tersebut…
Berita Global
Menerusi paparan video berdurasi 54 saat itu, kelihatan dua buah motosikal yang berbeza bersaing…
Berita Global
Namun, usah risau kerana Kawasaki Indonesia dikatakan akan memulakan proses tempahan pada tarikh…