Perincian HR-V e:HEV didedahkan - pelancaran di Eropah menjelang akhir tahun

oleh Mohamad Hanif|
Untuk pasaran Eropah yang sudah sedia maklum peraturan emisi yang semakin ketat, crossover terbaharu dari Honda hanya akan ditawarkan secara eksklusif dalam varian hybrid sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda HR-V e:HEV yang bakal dilancarkan di sana menjelang akhir tahun ini bakal didatangkan dengan motor elektrik berkembar yang dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC dengan angka output 129 kuasa kuda dan 253 Nm - trenkuasa yang sama didapati pada model Jazz yang lebih kecil.

 


Selain daripada itu, trenkuasa hibrid HR-V itu menawarkan sehingga tiga mod pemanduan iaitu Sport, Normal dan Econ, di mana HR-V e:HEV juga boleh dipandu dengan menggunakan mod EV tulen.

Honda HR-V serba baharu itu dibangunkan atas pelantar baharu, membolehkan Honda menawarkan solusi praktikaliti yang sama didapati pada model terdahulu, dengan penambahan ruang kaki sebesar 35 mm.

Tidak ketinggalan, ciri Magic Seat yang boleh dilipat dalam dua cara memberikan ruang yang lebih besar untuk memuatkan barangan keperluan harian.

 


Sistem infotainmen menggunakan skrin sesentuh sebesar sembilan inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto secara nirwayar, dan dibantu dengan skrin paparan digital bersaiz tujuh inci yang memaparkan sistem bantuan pemandu.

Ciri keselamatan pula terdiri daripada sistem Honda Sensing yang menggunakan sistem kamera monokular yang lebih lebar dan berdefinisi tinggi, serta mempunyai cip pemprosesan imej berkelajuan tinggi.

Ia merangkumi ciri-ciri seperti kawalan jelajah adaptif yang boleh memantau sudut stereng dan daya G lateral, fungsi mengikut pada kelajuan rendah, informasi titik buta, pemantauan lintasan trafik dan bantuan menurun cerun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…