Perincian Honda CBR250RR 2020 didedahkan - 41 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala Kawasaki sedang mempersiapkan jentera suku liter ZX-25R, Honda pula nampaknya bakal memperlihatkan secara rasmi Honda CBR250RR untuk tahun 2020.

Ini dibuktikan berdasarkan laporan daripada majalah Jepun Young Machine yang mendedahkan beberapa perincian berkenaan jentera yang bakal menggegarkan kelas 250 cc itu. 

Jika sebelum ini enjin parallel-twin bersesaran 249 cc Honda CBR250RR itu mampu menjana 38.7 kuasa kuda, model tahun 2020 ini dijangka menerima naiktaraf kuasa kepada 41 kuasa kuda, menjadikan ia pesaing rapat kepada model Kawasaki.

Antara teknologi yang bakal dimuatkan termasuklah sistem pendikit menggunakan wayar (throttle-by-wire), serta tiga mod tunggangan iaitu Comfort, Sports dan juga Sports+.
 


Jentera sportsbike itu juga turut dilaporkan akan dilengkapkan dengan ciri seperti papan pemuka LCD daripada Honda CBR500R, sistem tanpa kunci, slipper clutch, dan juga sistem ABS. 

Beberapa dokumen yang tertiris mencadangkan harga jualan bermula dari 847,000 yen atau RM31,747 mengikut kadar pertukaran matawang semasa.

Sama seperti model-model Honda yang lain, motosikal dengan kod nama K64J ini akan turut menerima tiga skema warna, iaitu hitam dengan rim emas, HRC Tricolour, dan juga warna putih dengan rangka merah. 

Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada Julai 2020. 

Sumber: Visor Down

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Honda CBR250RR sebelum ini pernah dinafikan kehadirannya oleh Boon Siew atas sebab tidak mematuhi…
Sukan Bermotor
Sebagai sebahagian daripada perancangan besar itu, dua syarikat yang dimaksudkan telah menubuhkan…
Berita Global
Kelibat motosikal suku liter berprestasi tinggi yang dilancarkan di negara jiran sedikit sebanyak…