Perincian crossover Yaris terdedah - dua pilihan enjin, varian hibrid dengan pacuan E-Four

oleh Mohamad Hanif|
Hujung bulan lalu, Careta telah pun menyiarkan beberapa keping gambar intipan yang memaparkan crossover Yaris yang sedang dipandu uji di atas permukaan salji di Eropah, serta menampakkan serba sedikit rupa sebenar model baharu Toyota tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Namun, terdapat beberapa informasi yang dipetik daripada BestCarWeb (yang kemudiannya telah pun ditarikbalik) mendedahkan beberapa maklumat lanjut berkenaan crossover segmen B itu.

 


Menurut maklumat asal, Toyota merancang untuk memperkenalkan crossover baharu ini menjelang musim luruh 2020, namun telah dianjakkan tarikhnya kepada musim bunga (antara bulan Mac sehingga Jun) 2021.

Selain daripada itu, kita juga dapat mengagak bahawa crossover Yaris ini memiliki dimensi yang lebih besar berbanding model Yaris asal, iaitu panjang 4,170 mm, lebar 1,765 mm dan tinggi 1,550 mm dengan jarak antara roda sekitar 2,560 mm.

Ini bermakna, jika dibandingkan dengan hatchback Yaris TNGA, crossover Yaris ini sedikit panjang 230 mm, lebih lebar 75 mm dan lebih tinggi 70 mm dengan pertambahan jarak antara roda 10 mm, memberikan petanda bahawa ruang kabin yang lebih luas.

 


Secara perbandingan, ia sedikit kecil berbanding Toyota C-HR yang memiliki dimensi 4,360 mm panjang, 1,795 mm lebar, tinggi 1,565 mm dengan jarak antara roda 2,640 mm.

Nadi kuasa yang diperoleh daripada Yaris pula terdiri daripada dua opsyen, iaitu enjin M15A-FKS 1.5 liter tiga silinder sebaris petrol menghasilkan 120 PS dan 145 Nm digandingkan dengan transmisi direct shift CVT.

Manakala pilihan enjin hibrid 1.5 liter M15A-FXE pula diambil dari Yaris Hybrid yang menghasilkan 80 PS/142 Nm yang memacu roda hadapan, dan motor elektik 5.3 PS/51.3 Nm yang memacu roda belakang (sistem pacuan E-Four).

 


Harga jualan pula dianggarkan sekitar 2.1 juta yen sehingga 2.5 juta yen atau jika ditukar dalam matawang Malaysia, sekitar RM85 ribu sehingga RM101 ribu.

Sumber: BestCarWeb menerusi Autonetmagz

Berita Berkenaan

Berita Global
Dan jika dilihat dengan lebih teliti, jelas dan nyata model baharu ini memiliki dimensi yang lebih…
Berita Global
Dibangunkan berdasarkan platform Yaris Eropah (dan GR Yaris), crossover ini bakal duduk di bawah…