Periksa rantai motosikal anda!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penunggang motosikal yang berpengalaman lama kelamaan akan mampu untuk menilai keadaan rantai mereka dari masa ke masa dengan hanya melihatnya.

Anda mungkin boleh melihat mereka secara bersahaja memeriksa ketegangan dengan jari atau kasut mereka.

 

20160421_074634

 

 

Tidak kira apa yang diperhatikan, mereka sebenarnya sedang menilai keadaan motosikal mereka. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai keadaan rantai anda, apa yang anda perlukan lakukan adalah hanya sekadar menghabiskan 10 saat untuk melihatnya.

 

20160421_073941

 

Bergris atau melekat kotoran?

 

Anda perlu membersihkan dan melincirkannya. Karat yang kelihatan? Bersih dan lincirkan/minyakkan. Katakanlah anda dapati ia nya kendur dan anda perlu mengetatkan rantai agak lebih kerap daripada biasa. Mungkin ia menghampiri akhir hayatnya.

 

Tanda-tanda lain adalah kehausan bahagian dalam plat yang biasanya memberi isyarat bahawa rantai telah lari daripada jajarannya. Periksa kehausan yang sepadan di tepi gigi gegancu (sprocket).

 

Anda mahu rantai anda untuk kelihatan kemas kedudukannya di atas gegancu. Tiada ruang yang kelihatan antara gigi gegancu dan rantai. Periksa gigi gegancu. Ianya tidak seharusnya kelihatan terlalu haus. Tarik rantai di sebelah hujung gegancu belakang. Rantai yang baharu hampir tidak akan bergerak. Jika anda boleh menariknya untuk mendedahkan setengah gigi gegancu atau lebih, anda perlu menggantikan rantai.

 

gegancu

 

Anda boleh melaksanakan tugas ini hanya dengan menghabiskan beberapa saat tambahan dengan roda belakang apabila anda memeriksa tekanan tayar sebelum menunggang, atau ketika membasuh motosikal anda. Anda boleh melakukan pemeriksaan mudah ini, kan? Luangkan sedikit masa. Jaga motosikal anda, dan ia akan menjaga anda.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…
Berita Global
Namun, usah risau kerana BMW Motorrad dengan bangganya memperkenalkan produk baharu yang tidak…
Berita Global
Sistem baharu ini direka untuk melincirkan rantai dan gegancu motosikal secara automatik tetapi…