Periksa keadaan tayar anda sempena musim raya secara percuma dengan Goodyear

oleh Mohamad Hanif|
Menurut data yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, kesesakan trafik disebabkan kebanjiran kenderaan di atas jalan menyumbang kepada 1,500 kes kemalangan ketika musim perayaan.

Sebagai satu cara untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan pengguna jalan raya ketika musim perayaan, Goodyear kini meluaskan lagi kempen kesedaran keselamatan jalan raya mereka di kawasan Lembah Klang. 

Selain daripada pemeriksaan kondisi tayar kereta yang menjadi asbab kepada kemalangan jalan raya, Goodyear turut menawarkan pemeriksaan kenderaan 10 mata percuma di samping memberikan pek Hari Raya Goodyear yang mengandungi tips keselamatan dan penjagaan tayar kereta. 

"Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemandu untuk memeriksa tahap keselamatan kenderaan mereka bagi mengurangkan risiko kemalangan ketika musim perayaan," ujar Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia Berhad. 

"Kami di Goodyear sentiasa komited di dalam memberikan kesedaran kepada para pengguna supaya sentiasa peka dan selamat, terutamanya tahap keadaan tayar yang selama ini mungkin dilupakan akibat kesibukan bekerja seharian," tambah beliau. 

 


Goodyear bakal membuat membawakan kepada anda khidmat pemeriksaan tayar percuma di beberapa pusat membeli belah dan pejabat di sekitar Lembah Klang bermula pada 26 Mei ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur diikuti dengan beberapa lokasi yang akan diberitahu kelak. 

Kempen Hari Raya Goodyear kali ini turut menawarkan promosi di seluruh negara bermula dari Mei sehingga Jun 2018, di mana setiap pembelian set empat buah tayar baharu Goodyear akan melayakkan pembeli mendapat baucer membeli belah dari AEON ataupun Giant. 

Sebarang maklumat lanjut, terma dan syarat promosi boleh dirujuk menerusi www.goodyear.com.my

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kawasan metro Washington D.C. menjadi lokasi pertama pemasangan pusat pameran Roll by Goodyear…
Berita Domestik
Untuk memberikan acara tersebut seimbang, setiap pemandu diberikan peluang memandu sebuah Honda…
Berita Domestik
Sebanyak 10,000 buah tayar telah diperiksa dengan teliti secara percuma dalam masa selama seminggu…